Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani pada Jumaat lalu.

Screenshot 2023 08 27 At 3.58.00 Pm

Memetik sumber dari Xtra, majlis tersebut berlangsung di rumah baharu Nabila yang hanya melibatkan ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak. Menerusi perkongsian saudara terdekat pihak lelaki, majlis tertutup itu diserikan dengan pelamin kecil dan acara bertukar dulang hantaran.

Walau bagaimanapun, tarikh perkahwinan mereka masih belum dapat dipastikan namun berkemungkinan akan dilangsungkan pada tahun hadapan.

Screenshot 2023 08 27 At 3.58.20 Pm

Untuk info, Nik Iruwan, 37, adalah pemegang Ijazah Pemasaran dari University of Hertforshire, United Kingdom. Nik Iruwan kini menguruskan empayar perniagaan keluarganya selain pernah terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008.

 

Baca: Nabila Razali Buat Gimik Kahwin Lagi, Netizen Dah Agak Mesti Nak ‘Promote’ Lagu Baharu

Screenshot 2023 08 27 At 3.58.58 Pm

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *