Satu video meruntun hati telah menjadi perhatian netizen di TikTok, video tersebut memperlihatkan seorang ibu yang tidak mampu menahan air matanya.

Dalam masa 4 hari ia dimuatnaik, video yang dikongsikan oleh Rose Anne Elly ini telah meraih lebih daripada 200K jumlah tontonan.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Anak Perantauan 3 Tahun Tak Balik, Menyamar Jadi Rider Buat Kejutan Sampai Ibu Menangis 

Artikel Berkaitan : Perubahan Mengejutkan Anak Menjadi Kacak, Ibu Menangis Kerana Hampir Tidak Kenal

Dalam video tersebut si ibu menitiskamn air mata sambil disaksikan oleh anak sulungnya sambil mendodoikan anak kedua di buaian.

Anaknya juga dilihat menghampiri ibunya dan dilihat seperti hairan melihat ibunya itu menangis. Jelas si ibu menerusi ruangan kapsyen, dia menjelaskan bahawa mungkin dirinya terlalu penat kerana terlalu memikirkan kesihatan anak sampai terlupa kesihatan sendiri.

@roseanneelly

Masa ni betul² tidak boleh kawal mau menangis mungkin sebab terlalu penat sampai tidak fikir kesihatan diri sendiri , lebih mengutamakan kesihatan anak² saya. #anxiety #fyp

♬ original sound – Ladaputih 🥵 – Ladaputih 🥵

Video tersebut telah membuatkan ramai netizen rasa simpati dengan si ibu ini, bahkan ramai juga warganet terutamanya para ibu memberikan kata-kata semangat buat Rose Anne Elly ini.

Screenshot 2023 09 07 183548 Screenshot 2023 09 07 183607 Screenshot 2023 09 07 183723

Min sendiri rasa simpati walaupun tak ada dekat kedudukan dia, mudah-mudahan ia membuahkan hasil pada masa depan dan berjaya didik anak yang baik.

Sumber : TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *