Jumpa sisik ular

Mula-Mula Jumpa Sisik, Lelaki Terkejut Temui Ular Tedung Menyorok Dalam Almari Biliknya

Ular adalah merupakan haiwan yang paling digeruni oleh ramai orang, terutamanya bagi jenis ular tedung.

Reptilia ini bukan sahaja memburu mangsa daripada kalangan haiwan, tetapi ada beberapa kes pernah terjadi di mana haiwan ini menyerang manusia.

Haiwan ini boleh membunuh mangsanya dengan cara membelit sehingga lemas atau mematuk bisa yang beracun dan mematikan.

Oleh sebab teknik membunuhnya yang kejam, ramai orang takut untuk berdepan dengan haiwan ini terutamanya apabila berseorangan.

Ular juga suka berada di tempat-tempat yang gelap dan sejuk seperti di celahan batu, atas siling dan sebagainya.

Namun seorang pengguna TikTok ini telah mengalami pengalaman yang menyeramkan selepas dia menjumpai ular tedung tersebut di dalam almari bajunya.

Video pertembungan itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki di akaun TikTok miliknya yang bernama @venocobra.

Pada awal video tersebut, lelaki itu telah menemui sisik ular yang sudah kering di dalam almari bajunya.

Menurutnya, sisik ular itu seakan ditinggalkan oleh yang baru sahaja menyalin kulitnya.

Kredit TikTok

“Kalau terjumpa sisik ular ni dalam rumah, bermakna ular tu memang berada berdekatan dengan rumah korang,” kata lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudiannya telah menemui ular tersebut sedang menyorok di sebalik kain sampin yang berada di dalam almari berkenaan.

Anak ular tedung dalam almari

Kredit TikTok

Lebih menyeramkan, ular yang berada di dalam almari lelaki tersebut adalah anak ular tedung berwarna hitam.

Sewaktu lelaki itu cuba mengalihkan kain itu, ular tersebut sempat menyembur dan cuba mematuk lelaki terbabit.

Ular itu juga dilihat mengembangkan kepalanya sebagai tindak balas kerana lelaki tersebut cuba mendekatinya.

Seperti sedia maklum, ular tedung akan mengembangkan kepalanya apabila berasa terancam.

Perkongsian muat naik itu dengan pantas telah mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Ramai daripada mereka telah meninggalkan komen selepas melihat video perkongisan tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Aku ingat sisik ular je, sekali betul-betul ada dekat situ,” tulis seorang netizen yang turut terkejut.

“Aku yang terperanjat sekarang ni. Nasib baik tak terpelanting telefon ni,” tulis seorang lagi netizen yang terkejut.

“Kenapa awak tenang sangat ni?” tulis seorang netizen yang hairan bagaiaman lelaki itu boleh tenang berhadapan dengan ular tersebut.

@

♬ –

Sumber: TikTok/@venocobra

The post Mula-Mula Jumpa Sisik, Lelaki Terkejut Temui Ular Tedung Menyorok Dalam Almari Biliknya appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *