Diy Bakul Rak Baju

Mudah & Jimat, Ini Cara DIY Bakul Jadi Rak Letak Baju & Mainan

Tentunya ramai di antara kita gemar untuk mencipta sendiri barangan tertentu untuk kegunaan di rumah. Tidak kira sama ada menggunakan barangan baharu mahupun terpakai.

Perkara ini boleh memberikan pelbagai manfaat kepada penggunaan di rumah seperti rak, meja, kerusi dan sebagainya.

Oleh itu, wujudnya inovasi yang dilakukan oleh orang ramai ketika berada di rumah dan ia dipanggil sebagai DiY. Apa itu DiY?

DiY sebenarnya merujuk kepada singkatan Do It Yourself yang membolehkan kita untuk mencipta sesuatu barangan baharu mengikut kreativiti masing-masing.

Antara barangan yang boleh DiY dan mudah untuk dilakukan termasuklah rak atau bakul baju. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya macam mana rupa bentuk dan langkah pembuatannya.

BACA JUGA: Cara Buat Pes Cili, Bawang Kisar & Halia Kisar, Boleh Tahan Sampai Tiga Bulan

Tambahan lagi, almari atau perabot rumah juga semakin mahal jika dibeli khususnya yang berunsurkan buatan kayu.

Sebenarnya rak bakul baju DiY ini tidak mengggunakan modal banyak dan jauh menjimatkan poket wang anda.

Bukan sahaja menjimatkan wang, ia boleh menjadi barangan serba guna seperti rak mainan, rak menyimpan barangan kering di dapur bahkan menyimpan kasut-kasut di bahagian luar rumah.

Sehubungan itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai DiY bakul ini, mari kita ikuti perkongsian Scya Mukthar Caca di Facebook

Cara DiY Bakul Eco Jadi Rak Bakul Baju

DiY je. Rak bakul baju beroda siap. Idea cedok dari group Eco RM2.

Gambar: Scya Mukthar Caca

Bahan-bahan:

Antara bahan yang diperlukan termasuklah bakul petak, pisau tajam, roda 4 biji dan cable ties

Cara-cara:

Diy Bakul Eco
Gambar: Scya Mukthar Caca

Potong sikit bakul seperti dalam gambar, cantumkan bakul-bakul dan roda menggunakan cable ties.

Pastu boleh la letak baju susun kemas-kemas dalam tu.

Nak letak toys anak-anak pun sesuai sangat.

Ops. Amirin dah request 1 untuk letak toys dia. Kena pergi kedai Eco lagi lah pasni.

Pst. Bilalah almari baju nak sampai ni?

Sumber: Scya Mukthar Caca

The post Mudah & Jimat, Ini Cara DIY Bakul Jadi Rak Letak Baju & Mainan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *