Semalam, perkongsian foto daripada balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah di Instagram mencetuskan tanda tanya ramai apabila dia kelihatan bergambar dengan seorang jejaka misteri di atas pelamin.

Menerusi gambar itu, Hidayah dilihat memegang sejambak bunga berwarna putih dan memakai baju kurung putih dengan bercorak biru, sama warnanya dengan pakaian si lelaki yang membelakangi kamera.

Perkongsian berkenaan ternyata membuatkan netizen berspekulasi, kemungkinan besar wanita itu kini sudah menjadi tunangan orang dengan rata-rata pengguna media sosial memberikan ucapan tahniah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Artikel berkenaan: Hidayah Sekali Lagi Gesa Ali Puteh Bayar Hutang, Kali Ini Guna Akaun IG Arwah Abam

Artikel berkenaan: “Ini bukan sistem barter” – Hidayah Enggan Terima Ali Puteh Nak Bayar Saman Dengan Motosikal

“Bukan dia tunang la…” 

Di sebalik gambar yang tular, ada di kalangan netizen mengatakan rupa-rupanya bukan Hidayah yang bertunang tetapi anak saudaranya.

Malah komen individu berkenaan juga dilihat mendapat like daripada empunya posting iaitu Hidayah sendiri.

Tunang

Screenshot 2024 01 29 112313

Terdahulu, Hidayah telah berkahwin dengan Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan pada 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 5 tahun.

Abam walau bagaimanapun meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas ketika berusia 32 tahun.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat Dayah dan anaknya. Tak salah pun kalau dia betul-betul bertunang, kan? 

Sumber: mStar, Instagram, TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *