Isu antara Caprice, Mondy Tattoo dan Ustaz Ebit Lew masih lagi hangat diperkatakan hingga ke hari ini. Makin banyak plot twist yang wujud menyebabkan para netizen mula keliru dengan pelbagai statement yang dikeluarkan oleh pihak masing-masing.

Artikel berkaitan: “Semua dia cakap benar” – Caprice Dedah Mondy Tandatangan SD Sebelum Siarkan Podcast

Artikel berkaitan: Caprice Tayang Video Mondy Buat Penjelasan Pada Ibu Bapa Tiri, Dakwa ‘Digula-gulakan’ Ustaz Derry

Dalam kekecohan ini, Caprice sempat berkongsi berita gembira bahawa isterinya Farra Inalis telah hamil lima bulan. Khabar ini dimaklumkan oleh Caprice sendiri ketika ditemui pada majlis pelancaran Thor-X di JW Marriot.

Namun begitu, baru-baru ini Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah memuat naik beberapa gambar dalam satu hantaran di Instagramnya. Salah satu daripadanya memaparkan tangkap layar komen pengguna Facebook yang memberi kata-kata kesat kepada dia dan isterinya.

Cap 1

Gambar tangkap layar itu memaparkan komen biadap seorang wanita di Facebook meminta penyanyi rap itu membuat ujian asid deosiribonukleik (DNA) terhadap kandungan isterinya sama ada kandungan tersebut miliknya atau orang lain.

Kapsyen Caprice menunjukkan dia kesal dengan ‘tuduhan lucah’ dan tidak berasas yang dilontarkan oleh wanita bertudung tersebut. Caprice dilihat ‘perli’ wanita itu dengan mengucapkan terima kasih lalu membandingkan akhlak Mondy Tattoo yang jauh lebih baik daripada wanita yang nampak sopan dan ayu itu.

Caprice berkata disebabkan ramai netizen mengeluarkan kata-kata lucah yang telah mengguris hati isterinya Farra Inalis ataupun mesra dipanggil Elis, maka dia mengambil keputusan untuk memadam hantaran sebelumnya mengenai berita tentang Elis yang sedang hamil.

Cap 7

Caprice tidak teragak-agak untuk memuat naik tangkap layar menunjukan profil Facebook dan gambar wanita itu. Disebabkan hal itu, wanita tersebut sudah memadam semua hantaran di Facebook miliknya selepas diserang oleh netizen.

Walau bagaimanapun, hantaran ini telah mendapat pelbagai reaksi oleh netizen. Rata-rata daripada mereka marah dengan tuduhan itu dan ada yang mendoakan kesejahteraan Caprice dan Elis.

 

Cap 2 Cap 3 Cap 4

Sumber: Instagram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *