Kabinet hasil pelajar kelas PVMA

Modal Bawah RM10k, Kualiti Kabinet Dapur Pelajar Kelas PVMA Buat Ramai Terpegun

Bidang kemahiran antara cabang yang ditawarkan dalam sistem pendidikan negara. Antara bidang kemahiran yang popular adalah seperti pertukangan, elektrik, kimpalan dan sebagainya.

Pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang-bidang tersebut pula banyak dan menjanjikan gaji yang lumayan.

Hari ini, banyak tenaga mahir yang dilahirkan adalah pelajar-pelajar yang mengambil subjek kemahiran di sekolah.

Selain sekolah teknik dan vokasional, sekolah menengah harian biasa juga turut menawarkan subjek dan sijil kemahiran.

Jika dahulu, subjek tersebut dikenali sebagai Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Subjek itu kemudian telah bertukar nama dan dikenali sebagai Program Vokasional Menengah Atas (PVMA).

Pelajar kelas PVMA hasilkan kabinet dapur berkualiti tinggi

Namun yang pasti, matlamat asal MPV ketika diwujudkan masih kekal iaitu untuk melatih pelajar dan melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kemahiran.

Menurut Kementerian Pendidikan, subjek itu diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak cenderung dalam bidang akademik untuk mengembangkan potensi mereka dalam bidang vokasional.

Hasil daripada subjek itu ternyata telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang mampu menyumbang kepada bidang vokasional di negara ini.

Difahamkan, pelajar-pelajar PVMA apabila tamat persekolahan akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 atau 2.

Salah satu contoh yang dapat dilihat adalah menerusi perkongsian daripada seorang cikgu PVMA Pembuatan Perabot, Saiful Bahrin berkenaan hasil kerja pelajar-pelajarnya.

Beliau merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau, Bagan Serai, Perak.

Hasil kerja pelajar PVMA

Menurut Saiful Bahrin, pelajar-pelajarnya berjaya menyiapkan projek kabinet dapur dengan kualiti yang sangat baik.

Kabinet dapur yang disiapkan itu merupakan sebahagian daripada pendedahan kepada pelajar-pelajarnya tentang industri tersebut.

Selain itu, projek tersebut juga bertujuan untuk mengumpul dana dan membeli kelengkapan kamera untuk kegunaan aktiviti sekolah.

Secara keseluruhan, projek berkenaan dapat disiapkan dengan modal dibawah RM10,000.

Beliau bagaimanapun tidak menyangka kualiti kerja para pelajarnya sangat baik dan mungkin hampir menyamai kualiti hasil kerja profesional.

Menurut Saiful Bahrin, projek kabinet berkenaan disiapkan oleh 12 orang pelajar Tingkatan 4 dan 13 orang pelajar Tingkatan 5.

Bagaimanapun, untuk kerja pemasangan di luar sekolah pula hanya melibatkan empat orang pelajar sahaja.

Beliau kemudian turut berkongsi hasil kerja projek tersebut di Facebooknya. Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik, memang tidak dinafikan lagi kualiti tinggi hasil kerja pelajar PVMA.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Video hasil kerja pelajar PVMA tersebut turut dikongsikan oleh beliau di akaun TikTok miliknya.

@saifulbahrin08

Hasil pertama pelajar PVMA furniture operation SMK Kuala Kurau terima tmpahan kabinet…tujuan utk mcari dana jamuan akhir tahun dan beli kamera DSLR utk kgunaan sekolah…

♬ bunyi asal – SaifulBahrin – SaifulBahrin

Sumber: Facebook/Saiful Bahrin

The post Modal Bawah RM10k, Kualiti Kabinet Dapur Pelajar Kelas PVMA Buat Ramai Terpegun appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *