Lafaz taklik anwar PM tidak ditarik

Menteri Agama Jelaskan Lafaz Taklik Cerai Isteri ”Jika Anwar Masih PM…“ Tidak Boleh Ditarik Balik

Lafaz taklik yang didakwa diucapkan seorang individu yang mahu menceraikan isterinya talak tiga jika Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos tidak boleh ditarik balik.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini.

Menurut beliau, dari sudut hukum, apa-apa taklik tidak boleh ditarik balik apabila telah dilafazkan.

Jelasnya lagi, sebarang permohonan untuk mengesahkan taklik perlu difailkan di mahkamah syariah bagi setiap negeri.

Hal ini disebabkan, terdapat peruntukan undang-undang jelas menggariskan perkara ini dalam enakmen semua negeri.

“Jadi dinasihatkan kepada isteri atau suami terbabit untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan penceraian tersebut.

“Hanya hakim syarie di mana pasangan terbabit bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak,”.

Beliau berkata demikian menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat, hari ini.

Tindakan tersebut dianggap tidak bertanggungjawab

Difahamkan, Mohd Na’im memaklumkan perkara tersebut ketika diminta mengulas mengenai perbuatan seorang lelaki pada Februari lalu.

Sebelum ini, pengguna media sosial tersebut memaklumkan bahawa dia bertaklik menceraikan isterinya talak tiga jika Perdana Menteri dan kerajaan tidak bertukar pada Ogos menerusi hantaran media sosialnya.

Isu tersebut telah menjadi tular di media sosial dan menjadi perdebatan ramai, sama ada sama ada jatuh talak atau sebaliknya selepas berakhirnya bulan Ogos.

Tambahnya, apabila taklik dikaitkan dengan penceraian dengan talak tiga kepada seorang isteri, ini merupakan perkara yang sangat tidak bertanggungjawab.

Hal ini kerana, isteri tidak boleh dijadikan objek atau pertukaran terhadap sesuatu lafaz taklik.

“Isteri sepatutnya dinaikkan martabat. Islam sendiri telah menaikkan taraf seorang isteri dan wanita,” ujarnya.

Justeru, Mohd Na’im menasihati golongan suami agar bertanggungjawab dengan tidak melibatkan maruah isteri dalam lafaz jika melafazkan taklik.

“Yang kedua, kalau nak mengesahkan sesuatu lafaz sama ada jatuh atau tidak jangan rujuk kepada pihak yang ketiga.

“Yang boleh menentukan sama ada lafaz itu jatuh atau tidak adalah hakim mahkamah syariah di mana pasangan itu bermastautin,” jelasnya.

BACA: Guna Dua Bahan Mudah, Ini Cara Matikan Rumput Tanpa Guna Racun

Sumber: Sinar Harian

The post Menteri Agama Jelaskan Lafaz Taklik Cerai Isteri ”Jika Anwar Masih PM…“ Tidak Boleh Ditarik Balik appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *