buat satar rumah

Mengidam Tapi Susah Nak Cari, Ini Cara Buat Satar Di Rumah

Satar adalah makanan yang diperbuat daripada isi ikan dan merupakan sajian kesukaan ramai di Terengganu, Kelantan dan juga Pahang.

Sekiranya anda berkunjung ke negeri yang mempunyai pantai, anda pasti akan berjumpa gerai yang menjual satar. Tak salah jika anda mahu mencubanya, kerana satar ini sangat sedap dimakan, lebih-lebih lagi ketika ia panas.

Bahan utama dalam satar ini semestinya ikan dan kalau nak tahu, bahan-bahan yang lain juga mudah untuk didapati.

Tetapi, korang jangan keliru dengan otak-otak pula. Satar dibungkus rapi dengan daun pisang berbentuk tiga segi manakala otak-otak berbentuk segi empat tepat.

Sebenarnya, kalau korang mengidam satar itu, boleh sahaja dilakukan di rumah menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Zama Riana ini.

Cara buat pun senang, nak cari bahan juga mudah. Mari ikuti resipi yang dikongsikan oleh Zama Riana di bawah ini.

BACA: Dekat Rumah Pun Boleh Buat, Wanita Kongsi Resipi Hasilkan Roti Sandwich Gebu

Resipi Satar

Kredit: Zama Riana via Aneka Resipi Untuk Anda/Facebook

Bahan-bahannya:

Dua kilogram ikan selayang (ikan sardin)

Kelapa parut (yang muda)

Lada kering

Dua inci halia

10 ulas bawang merah (yang sederhana besar)

Dua ulas bawang putih

Dua ikat daun kesum

Lada burung@cili padi (ikut suka nak letak atau tidak)

Garam (agak-agak)

Gula (agak-agak)

Perasa (agak-agak)

Satu atau dua biji telur (letak last sekali)

Cara-caranya:

Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lada kering dan cili api.

Kemudian, ambil isi ikan dan satukan bahan kisar tadi dalam bekas. Gaul semua bahan tersebut menggunakan tangan dengan perlahan.

Seterusnya, ambil kelapa muda, daun kesum yang dihiris halus dan gaulkan bahan-bahan itu.

Tambah gula, garam dan perasa, mengikut selera masing-masing.

Akhir sekali, masukkan telur dan gaul perlahan.

Letak satar yang sudah siap itu dengan daun pisang.

Bakar dan siap untuk dihidang.

Sumber: Zama Riana via Aneka Resipi Untuk Anda/Facebook

BACA: Kembang Elok Dan “Crispy”, Ini Cara Buat Telur Dadar Sedap Macam Kedai Siam

The post Mengidam Tapi Susah Nak Cari, Ini Cara Buat Satar Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *