alien kongres Mexico

“Mengarut”, Saintis Kecam Pendedahan Tubuh “Alien” Di Kongres Mexico

Pendedahan dua makhluk yang didakwa sebagai ‘Alien’ ketika kongres di Mexico mendapat kecaman dari saintis, lapor India Today.

Pihak berkuasa telah bertindak mempamerkan dua jasad yang didakwa milik makhluk asing semasa perbicaraan kongres di ibu negara Mexico.

Dua jasad itu telah dipamerkan oleh wartawan dan pakar ufologi, Jamie Maussan yang mendakwa bahawa ia berusia lebih 1,000 tahun.

Walau bagaimanapun, beberapa penyelidik dan saintis telah menyatakan keraguan mereka terhadap dakwaan Maussan itu.

Penyelidik mengatakan bahawa banyak butiran mengenai jasad itu ‘mengarut’.

Julieta Fierro, penyelidik di Institut Astronomi di Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico berkata bahawa penemuan itu adalah palsu.

Beliau berkata bahawa saintis memerlukan teknologi yang lebih maju daripada sinar-X untuk menentukan sama ada penemuan itu adalah makhluk asing.

Saintis itu menambah bahawa ia kelihatan aneh selepas mereka mengekstrak khazanah dari negara Peru itu tanpa menjemput duta Peru untuk pameran tersebut.

Ahli Kongres Sergio Gutierrez Luna dari parti pemerintah Morena, menjelaskan bahawa Kongres tidak terlibat dalam pembentangan tesis selama lebih tiga jam itu.

Jasad makhluk itu diletakkan dalam dua kotak berasingan

Dalam pembentangan tersebut, wartawan Mexico dilihat telah mempamerkan dua kotak yang berisi jasad makhluk asing yang ditemui di Peru.

Jasad ‘alien’ itu ditakan telah ditemui jauh di bawah tanah di padang pasir pantai Peru Nazca pada 2017.

Jasad ‘alien’ yang berkedut dengan kepala yang mengecut dan melengkung itu telah membuatkan hadirin terkejut.

BACA: Jasad Misteri Didakwa Milik Makhluk Asing Didedah Di Sidang Kongres Mexico

“Ia adalah bukti kepada segala bukti. Jika DNA menunjukkan kepada kita bahawa mereka bukan manusia dan tiada apa-apa yang kelihatan seperti ini di dunia, jadi kita harus menganggap ia betul,” dakwa Maussan.

Menurut Maussan lagi, ia adalah kali pertama bukti sedemikian dikemukakan kepada umum dalam acara yang besar.

Pendedahan yang dibuat itu turut disiarkan secara langsung di kaca televisyen, sekaligus menarik perhatian banyak pihak terutamanya komuniti peminat teori makhluk asing.

Sumber: India Today

The post “Mengarut”, Saintis Kecam Pendedahan Tubuh “Alien” Di Kongres Mexico appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *