Seorang ibu tidak menyangka kes dera di taska menjadi mimpi buruk buatnya apabila kejadian itu turut berlaku kepada anaknya.

Memetik sumber mStar, ibu terbabit meluahkan rasa kecewa kerana merasakan dirinya ditipu oleh taska terbabit selepas mendapati kesan kecederaan pada anaknya bukan disebabkan terjatuh seperti yang didakwa.

Artikel berkaitan: Pasang CCTV Jadi Syarat Wajib Perbaharui Lesen Taska – KPWKM

Screenshot 2023 09 05 174714 1

“Kejadian kes dera kena kat anak aku sendiri. Aku terduduk rasa nak pitam apabila dapat tahu… beraninya pusat jagaan tipu depan muka kami.

“Aku bayar RM1,300 sebulan untuk keselesaan dan keselamatan anak aku, bukan untuk kau hempuk-hempuk anak aku,” luahnya.

Menurut wanita itu, dia turut terkilan apabila kejadian itu hanya dilihat oleh kakitangan yang lain seolah-olah situasi terbabit adalah perkara normal.

“Orang lain, staf yang tengok tu apa perasaan anda? Tak ada hati perut, sanggup biar anak aku kena macam tu depan mata.

“Tujuan aku menulis kat sini adalah untuk membuka mata semua pihak termasuk taska, parents yang hantar anak ke situ,” luahnya lagi.

Dalam rakaman video tular itu, dapat dilihat beberapa lagi orang dewasa berada berhampiran pengasuh terbabit dan anaknya tetapi tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Kata ibu terbabit, anaknya pernah mengadu takut dan menangis kerana tidak mahu ke sekolah.

Susulan itu, dia memohon untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska untuk mengetahui punca namun permintaannya ditolak oleh pihak taska.

Dalam kejadian lain, seorang kakitangan yang dipercayai melakukan penderaan memberitahu terlanggar anaknya ketika sesi bermain sedangkan kanak-kanak itu didapati ada kesan cubitan pada pipi kiri dan kanan serta di lengan.

374962352 6762311740514938 4275462850417979421 N

Pada 4 September, suaminya telah ke taska untuk melihat rakaman dan mendapati seorang pengasuh telah mencubit dan mengasari anaknya.

Disebabkan itu, anaknya ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut bagi kecederaan yang dialami.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyatan media daripada pihak berkuasa ataupun taska berhubung kejadian itu.

Sumber: mStar, Facebook

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *