“Menempah maut betul!” – Seorang Lelaki Menemui Ajal Ketika Panjat ‘Tangga Ke Syurga’ Dachstein

Ajal maut di tangan Tuhan. Bagaimanapun, lain pula dengan seorang lelaki yang maut ketika memanjat ‘tangga ke syurga’ akibat kecuaian sendiri.

Pelancong dari Britain itu dipercayai cuba memanjat tangga arial di Austria, yang lebih dikenali sebagai ‘tangga ke syurga’ di pergunungan Dachstein.

India Today melaporkan lelaki berusia 42 tahun itu sedang mendaki tangga setinggi lebih 90 meter itu secara solo sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam lembah pergunungan.

Lelaki itu bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan mayatnya ditemui oleh pasukan penyelamat.

Tangga

Artikel berkaitan: Hungry Ghost Festival: Ini Fakta Menarik Tentang Sambutan Bangsa Cina, Yang Korang Perlu Tahu!

Artikel berkaitan: Ini 5 Tempat Di Asia Tenggara Yang Tersenarai Dalam UNESCO, Rugi Kalau Tak Pergi!

Pihak berkuasa menolak sebarang kecuaian pihak ketiga dan berkata pendaki itu bersendirian ketika kemalangan itu.

Identiti lelaki itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Dikenali dengan panggilan ‘tangga ke syurga’ ia dibina idea bersama antarabangsa dengan pendaki profesional Austria, Heli Putz.

Pihak berkuasa turut memberi amaran pendakian hanya untuk pendaki berpengalaman dan perlu dilakukan dalam keadaan cuaca sederhana dengan angin tenang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *