Ancaman Kematian NCD

Membendung Ancaman Kematian NCD Melalui Celik Kesihatan Dan Perubahan Gaya Hidup

Kuala Lumpur, 12 September 2023 – Menurut Kementerian Kesihatan, 73 peratus kematian di kalangan rakyat Malaysia dikaitkan dengan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease (NCD)) dan akibat gaya hidup tidak sihat. Tinjauan kebangsaan yang di kendalikan oleh KKM menunjukkan bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia mempunyai celik kesihatan yang rendah dan separuh daripada rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka menghidap NCD, menyerlahkan satu masalah negara yang memerlukan perhatian.

Dengan menyedari statistik yang membimbangkan ini, NESTLÉ OMEGA PLUS sekali lagi menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk berjalan bersama Walk a Million Miles(WAMM) untuk mencapai kesihatan jantung yang lebih baik, serta meningkatkan kesedaran tentang risiko yang berkaitan dengan kolesterol tinggi. Kempen ini yang diadakan setiap tahun sempena Bulan Jantung Sedunia pada bulan September merupakan ansuran ke-4 dan dijangka mendapat penyertaan terbesar dalam sejarahnya. Bertema “Langkah Bersama, Jantung Dijaga”, rakyat Malaysia boleh mengambil langkah mudah untuk memulakan perjalanan mereka ke arah kesihatan jantung yang lebih baik.

Ancaman Kematian NCD

Meskipun, ketika berhadapan dengan fasa pandemik, NESTLÉ OMEGA PLUS tetap teguh dalam komitmen untuk mengajak rakyat Malaysia berjalan untuk kesihatan jantung yang lebih baik. Mereka akan terus membawa obor dan menerangi jalan bagi rakyat Malaysia untuk memahami mitos kesihatan dan membebaskan diri daripada kolesterol tinggi. Kemuncak inisiatif ini akan menyaksikan NESTLÉ OMEGA PLUS menyumbang RM100,000 sekali lagi kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Institut Jantung Negara (IJN), menambah kepada jumlah RM300,000 yang telahpun disumbangkan dalam tiga edisi Walk A Million Miles sebelum ini.

“Bulan Jantung Sedunia dan NESTLÉ OMEGA PLUS Walk A Million Miles seakan sinonim dengan rakyat Malaysia, mengingati tanggungjawab mereka demi kesihatan jantung yang lebih baik. Namun hakikatnya ia bukan sekadaran. NESTLÉ OMEGA PLUS Walk A Million Miles telah menjadi lebih besar dan tahun ini, kami berharap mencapai tahap lebih tinggi sekali lagi bersama rakyat Malaysia dengan berjalan, semua demi memutuskan belenggu kolesterol tinggi,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Dengan mengenali bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersatu bagi tujuan sosial dan masyarakat, kami ingin tahun ini menjadi gerakan terbesar, untuk terus menekankan kepentingan dan kesedaran akan kesihatan kita, terutamanya kesihatan jantung. Kami ingin menggesa rakyat Malaysia untuk mengingatkan rakan, keluarga, dan rakan sekerja agarmereka menjalani gaya hidup sihat, serta mengakui bahawa kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, boleh menimpa sesiapa saja,” jelas Juan.

Ancaman Kematian NCD

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kolesterol tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung yang menjejaskan lebih daripada 8 juta dewasa di Malaysia. Sesuatu yang membimbangkan adalah apabila ramai rakyat Malaysia masih tidak menyedari bahawa ancaman kolesterol tinggi tidak mengenal umur, jantina, atau berat badan, dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja. Di Malaysia, 4 daripada 10 dewasa mempunyai kolesterol tinggi, hampir separuh daripadanya berada di bawah usia 40 tahun. Bahkan 1 daripada 4 orang dengan kolesterol tinggi tidak menyedari keadaan kondisi mereka. Malaysia kini menghadapi peningkatan kematian akibat penyakit jantung, dengan kira-kira 60 kematian setiap hari.

Kenny Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Tenusu & Pemakanan Dewasa, Nestlé (Malaysia) Berhad berharap agar rakyat Malaysia bersatu pada bulan September untuk menyokong kempen Walk A Million Miles dan membantu meningkatkan kesedaran umum tentang kesihatan jantung. “Lebih 50,000 rakyat Malaysia telah menyertai tiga edisi Walk A Million Miles yang lepas sebagai sokongan menentang penyakit jantung dan kolesterol tinggi. Kami komited untuk membantu membina komuniti Malaysia yang lebih sihat. Sejajar dengan komitmen itu, NESTLÉ OMEGA PLUS sekali lagi akan menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia dan Yayasan Institut Jantung Negara, di mana dana ini akan digunakan untuk membantu pesakit jantung yang memerlukan,” katanya.

Rakyat Malaysia boleh menyertai WAMM tak kira di mana mereka berada, dengan hanya mendaftar untuk cabaran itu di aplikasi BookDoc, yang boleh dimuat turun secara percuma dari App Store atau Google Play Store. Peserta boleh menyertai secara percuma atau mengambil pilihan berbayar hanya dengan RM30 dan mendapatkan jersi penamat dan produk serta baucer NESTLÉ apabila mencapai 150,000 langkah. Dengan penyertaan berbayar, peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila mencapai 300,000 langkah atau mencatatkan jumlah langkah tertinggi mingguan.

Ancaman Kematian NCD

Tahun ini, WAMM mempunyai elemen kolaboratif, di mana peserta boleh membentuk kumpulan di aplikasi BookDoc yang membolehkan mereka mengikuti kemajuan satu sama lain. Peserta juga akan dapat menyertai aktiviti taman awam yang berlangsung di seluruh Malaysia pada hujung minggu menjelang 1 September, di mana mereka boleh berkumpul untuk berjalan kaki bersama dan menebus hadiah menarik. Tarikh dan lokasi khusus boleh dilihat di https://www.dearnestle.com.my/nop-walk-a-million-miles-2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai Walk A Million Miles 2023 dan NESTLÉ OMEGA PLUS, sila layari https://www.dearnestle.com.my/nop-walk-a-million-miles-2023 atau halaman Facebook kami di www.facebook.com/nestleOmegaPlus.

The post Membendung Ancaman Kematian NCD Melalui Celik Kesihatan Dan Perubahan Gaya Hidup appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *