Kempen ini dirancakkan lagi dengan tawaran menu Spicy Crispy Chicken Wrap dan Spicy Crispy Chicken Burger

KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER 2023 – McDonald’s Malaysia sekali lagi melancarkan kempen yang mengujakan dan kali ini melibatkan kumpulan sensasi Korea Selatan NewJeans, dengan menawarkan hidangan lazat serta gerakan tarian yang rancak selama sebulan bagi mencetuskan keriangan dan menghiburkan rakyat Malaysia.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen serantau yang bermula di Korea Selatan dan diperluaskan ke Filipina, Thailand, Indonesia, Brunei, dan kini sedang merancakkan suasana di Malaysia.

Tema kempen ini memfokuskan Spicy Crispy Chicken Burger yang digemari ramai bersama dengan pengenalan tawaran hidangan masa terhad, Spicy Crispy Chicken Wrap yang sangat ditunggu-tunggu. Spicy Crispy Chicken Burger menggandingkan perisa ikonik inti ayam yang rangup dengan sos bawang putih pedas yang memikat selera. Sementara itu, Spicy Crispy Chicken Wrap menggabungkan inti ayam yang rangup dengan hash brown yang digoreng sehingga keemasan dan dibalut dalam kulit tortilla yang hangat.

MCD Template V10_Poster

Bersempena kempen ini, McDonald’s Malaysia turut membawakan cabaran McDonald’s Chicken Dance Mission. Peminat NewJeans boleh menyertai cabaran yang mengujakan ini sehingga 24 September 2023, dengan mempamerkan gerakan tarian mereka mengikut McDonald’s Chicken Song yang digubah khas oleh NewJeans dan memuatnaik di profil Instagram mereka berserta ‘hashtag’ #McDChickenDance. Peserta berpeluang memenangi hadiah mingguan yang lumayan, termasuk Hadiah Istimewa McDonald’s x NewJeans.

“Falsafah jenama McDonald’s Malaysia tidak pernah berubah iaitu memberikan ‘delicious feel-good moments’ kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Kami sentiasa berusaha mencari pendekatan baharu untuk kekal inovatif sambil berinteraksi dengan pelanggan setia kami.

“McDonald’s Malaysia sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif serantau ini kerana kami dapat berkongsi keterujaan kami serta mendekati peminat NewJeans di Malaysia sambil menggembirakan mereka dengan tawaran menarik,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam cabaran McDonald’s Chicken Dance Mission, McDonald’s akan menganjurkan satu acara istimewa dari 15 hingga 17 September 2023. Sepanjang tempoh ini, orang ramai boleh mengunjungi restoran McDonald’s Bukit Bintang untuk merakam McDonald’s Chicken Dance mereka. Tambahan pula, pelanggan di restoran McDonald’s Bukit Bintang akan berpeluang menikmati pengalaman yang eksklusif serta mengumpul cenderamata McDonald’s yang unik.

Kemuncak acara tiga hari ini bakal berlangsung pada 17 September 2023, dan akan menjanjikan pelbagai program menarik dari 5:30 petang hingga 7:00 malam. Ini termasuk persembahan dan ‘masterclass’ McDonald’s Chicken Dance, serta cabaran Chicken Dance-Off Mission yang mendebarkan. Rakyat Malaysia boleh mendaftar untuk cabaran tarian tersebut dan berpeluang bersaing di tempat acara bagi memenangi Hadiah Istimewa McDonald’s x NewJeans serta barangan eksklusif McDonald’s yang menarik pada kemuncak acara itu.

Untuk maklumat lanjut tentang Spicy Crispy Chicken Burger, layari laman web rasmi McDonald’s Malaysia di www.mcdonalds.com.my

The post McDonald’s Malaysia dan Kumpulan KPOP NewJeans Merancakkan Suasana di Malaysia! appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *