angka kematian banjir derna

Mayat Bergelimpangan Tepi Pantai, Angka Korban Banjir Di Derna, Libya Kini Cecah 11,300 Orang

Selepas seminggu tragedi banjir besar yang melanda Derna, Libya, angka kematian dilaporkan meningkat kepada 11,300 korban, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Memetik AFP, Bulan Sabit Merah Libya di Pejabat PBB menerusi Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan (OCHA) menambah bahawa 10,100 orang lagi masih hilang di bandar berkenaan.

“Angka kematian itu dijangka meningkat dalam beberapa hari dan minggu akan datang dengan pasukan penyelamat bertungkus-lumus dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih terselamat,” maklum OCHA.

Gambar: Abdullah Doma / AFP

Tumpuan kini lebih terarah kepada menjaga mangsa yang terselamat daripada bencana tersebut. Difahamkan, bantuan kini tiba di negara berkenaan dalam membantu misi kemanusian.

Rata-rata bantuan antarabangsa datang menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Eropah dan Timur Tengah bagi meringankan beban dan memberikan kelegaan kepada mangsa yang terselamat.

BACA JUGA: Angka Korban Dijangka Terus Meningkat, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Banjir Di Libya

Bantuan yang disalurkan termasuk ubat-ubatan penting, peralatan pembedahan kecemasan serta beg plastik bagi pemindahan mayat. Selain itu, negara itu turut menerima sumbangan seperti khemah, selimut, cadar, alatan kebersihan dan bantuan makanan.

Jentera berat juga diterbamgkan ke Derna bagi kerja-kerja pembersihan di bandar berkenaan.

Puluhan Ribu Hilang Tempat Tinggal

banjir libya angka kematian
Gambar: Wesam Alhamale / AFP

Menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi, sekurang-kurangnya 40,000 orang kehilangan tempat tinggal di seluruh timur laut Libya itu.

Pertubuhan itu juga menjelaskan jumlah sebenar berkemungkinan lebih tinggi memandangkan kesukaran untuk mengakses ke lokasi yang terjejas teruk.

Terdahulu, banjir berkenaan dicetuskan akibat hujan lebat daripada ribut Daniel yang kuat. Perkara itu diburukkan lagi apabila dua empangan yang dibina pada pertengahan abad ke-20 bagi menampung lebih 100,000 orang runtuh.

Lambakan Mayat

Meskipun bencana itu telah berlaku seminggu yang lalu, mayat-mayat masih ditemukan.

Krew penyelamat dari Jabatan Perlindungan Awam Malta berkata pihaknya menemukan mayat-mayat bergelimpangan di pantai pada Jumaat lalu,

Risiko Penyakit Bawaan

Selepas kejadian banjir besar yang memusnahkan sebahagian besar infrastruktur di Derna itu, mangsa yang terselamat juga berisiko tinggi terdedah dengan penyakit bawaan air seperti taun.

Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 55 kanak-kanak telah dirawat akibat meminum air tercemar di Derna.

Sumber: AFP

The post Mayat Bergelimpangan Tepi Pantai, Angka Korban Banjir Di Derna, Libya Kini Cecah 11,300 Orang appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *