Pada bulan Jun lalu, selebriti terkenal tempatan Mizz Nina menjadi trending di Twitter selepas pengumuman mengejut mengenai perkahwinannya.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mengikat tali pernikahan dengan penyanyi rap yang berasal dari Amerika Syarikat, Essam Muhammad.

Terbaru, influencer kerohanian yang berdarah kacukan Thailand – Amerika, Aliza Kim berkongsi khabar gembira dan beberapa gambar serta video yang memaparkan pasangan merpati dua sejoli Mizz Nina dan Essam mengadakan sebuah majlis resepsi di Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: “Sepadan sangat!” –  Umum Sudah Berkahwin, Kenali Pilihan Hati Mizz Nina Essam Muhammad

Artikel berkaitan: Mizz Nina Kongsi Potongan Surah, Mohon Orang Ramai Henti Buat Spekulasi Penceraiannya Dengan Noh?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliza Kim (Official Page) (@alizakim)

“Saya sangat bangga dengan kekuatan awak, keberanian awak, dan bangga melihat bagaimana Allah SWT sentiasa memberkati awak dengan kebaikan. MashaAllah. Allahumma Barik Allah.

Saya berkata kepada anda berdua semalam bahawa anda adalah Jannah (syurga) masing-masing tetapi sejujurnya saya harap suami awak tahu betapa istimewanya wanita yang Allah SWT aturkan untuk dia nikahi ini. MashaAllah.

Hati saya berdebar-debar dan saya dan gadis-gadis menjerit kegembiraan ketika kami melihat anda berdua mengambil gambar keluarga anda dan terutamanya ketika Essam sedang mendukung bayi Musa. Cantik sangat! Seolah ia memang ditakdirkan,” tulisnya di kapsyen.

Dalam perkongsian yang lain, Aliza turut berkongsi gambarnya bersama-sama personaliti terkenal lain dari dalam dan luar negara seperti Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim serta Farah Al Amin.

Manis betul, semoga bersama hingga ke jannah Mizz Nina & Essam!

Sumber: Instagram 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *