Pada 28 Ogos lalu, sebuah insiden menyayat hati berlaku di Pantai Teluk Batik, Manjung, Perak di mana seramai 9 orang hampir lemas apabila bot yang dinaiki mereka berpusing dan terbalik.

Apa yang menyedihkan ialah seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung semalam.

Menurut laporan Buletin TV3, Mohammad Hafiz Johari, berkata pihaknya kesal kerana ketika kejadian berlaku sehingga mengorbankan nyawa isterinya, Nurul Afiqah Abdullah Sani tiada pihak berkaitan atau pengawal keselamatan di pantai itu datang membantu.

81693212867 Telukbatik

“Buat masa ini, kami perlu selesaikan perkara yang perlu dulu dan akan berbincang dengan ahli keluarga untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dari aspek keselamatan di lokasi, kami dapati banyak kekurangan termasuk tiada jaket keselamatan, tiada pemantauan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu MPM dan sebagainya, sedangkan perkara itu perlu ada terutama di kawasan pantai dan di waktu cuti umum,” katanya.

Mohammad Hafiz berkata, kejadian itu menyebabkan dua lagi anaknya trauma dan tidak mahu lagi menaiki bot di masa hadapan.

Sebagai info, jenazah Nurul Afiqah dibawa ke Masjid At Taqwa, Sungai Megat Aris, Bagan Tiang pada jam 2.30 petang dan dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan masjid berkenaan.

Al-Fatihah…

Baca: Dua Rakyat Malaysia Terkorban Di Krabi Selepas Bot Yang Dinaiki Terbalik

Krabi Bot Terbalik

 

Sumber: Astro AWANI

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *