malaysia ranking fifa

Malaysia Lonjak 4 Anak Tangga Dalam Ranking FIFA

Selepas keputusan seri menentang Korea dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023 hari ini, kedudukan ranking FIFA semasa menyaksikan Malaysia kini melonjak ke tangga 132 dunia, naik empat anak tangga dari sebelum ini.

Menerusi Stadium Astro, perlawanan yang tamat dengan keputusan 3-3 membuatkan skuad kendalian Kim Pan Gon berjaya meraih mata tambahan sebanyak +12.30 mata.

Terdahulu, semasa perlawanan kedua kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 bersama pasukan gergasi Bahrain, Harimau Malaya tewas 0-1 membuatkan Malaysia berada pada kedudukan 136 dunia.

BACA: Seri Dengan Korea Selatan: Penutup Terindah Kempen Piala Asia 2023 Buat Malaysia

Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, Harimau Malaya berjaya menamatkan kempen Piala Asia Qatar 2023 dengan aksi teruja dengan kedudukan terakhir kumpulan E, satu mata selepas tewas kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), manakala seri dengan Korea (3-3).

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989.

[FIFA Rankings update : #AsianCup2023]🇰🇷 South Korea 3-3 🇲🇾 Malaysia

Points after match
🇰🇷 1540.44 (- 12.30)
🇲🇾 1110.08 (+ 12.30)

Rankings after match
🇰🇷 25 (🔽 2)
🇲🇾 132 (🔼 4)#FIFARankings

— Footy Rankings (@FootyRankings) January 25, 2024

Sumber: Stadium Astro

The post Malaysia Lonjak 4 Anak Tangga Dalam Ranking FIFA appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *