Malaysia negara paling disayangi Asia

Malaysia Diiktiraf Negara Paling Disayangi Di Asia

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keunikan budaya, keindahan alam semula jadi dan sejarah yang menarik.

Dari pantai-pantai yang mempesona di Pulau Redang dan Langkawi, hingga ke keunikan warisan budaya di Melaka dan Georgetown, Malaysia menawarkan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan.

Bukan itu sahaja, negara ini juga terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang menggamit selera serta suasana yang harmoni antara pelbagai etnik dan agama.

Tidak dapat dinafikan, dalam banyak-banyak negara yang menarik di bumi Asia seperti China, Filipina dan Indonesia, Malaysia antara destinasi pilihan yang berjaya memikat hati ramai pengunjung dari seluruh pelosok dunia.

Malaysia duduki tempat pertama daripada 20 negara paling disayangi di Asia

Lebih menarik lagi, tanah air kita ini menduduki tempat pertama daripada 20 negara paling disayangi di Asia, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah portal laman web kewangan, Insider Monkey yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Kredit: ASEAN Skyline

“Bagi menyediakan senarai negara paling disayangi di Asia, kami merujuk kepada lima artikel yang diterbitkan oleh Insider Monkey sepanjang tahun lalu.

“Antaranya, artikel bertajuk 15 Negara Paling Dihormati di Asia, 15 Negara Paling Mesra di Asia dan 20 Negara Paling Banyak Dilawati di Asia, 20 Negara Paling Pelbagai di Asia dan 20 Negara Paling Demokratik di Asia.

“Setiap lima artikel ini diberikan pemberat berdasarkan metrik tertentu. Sebanyak 75% berat diberikan kepada tiga artikel pertama, iaitu mengenai negara yang paling dihormati, paling mesra dan paling banyak dikunjungi di Asia. Manakala, 25% lagi diperuntukkan kepada kepelbagaian negara dan kelayakan demokrasi.

“Kedudukan setiap negara dalam setiap metrik diperhatikan dan diberikan markah yang sewajarnya bergantung pada pemberat setiap metrik,” tulis Insider Monkey.

Berdasarkan portal berkenaan, Malaysia diiktiraf sebagai negara paling disayangi di Asia, berjaya mengalahkan negara jiran seperti Indonesia yang menduduki tangga ke-12 dan Thailand (11).

Malaysia berada pada kedudukan tertinggi susulan jumlah ranking yang konsisten dengan markah keseluruhan 0.701, sementara Taiwan berada di tangga ke-2 (0.595) dan Singapura di tangga ke-3 (0.593).

“Malaysia ialah negara yang paling disayangi di Asia kerana ia berada pada kedudukan tinggi pada semua metrik yang dipertimbangkan dalam penyelidikan kami.

“Ia adalah negara keenam paling demokratik di benua itu. Selain itu, ia adalah negara kelima paling banyak dikunjungi di Asia, mengalu-alukan lebih 10 juta pelancong pada tahun 2022.

“Orang ramai menuju ke negara Asia Tenggara untuk bukan sahaja mendapatkan pengalaman pantai yang menakjubkan dan kehidupan bandar yang mewah. Tetapi, juga meneroka budaya dan tradisi tempatan yang diperkaya oleh penduduk tempatan yang peramah dan mesra,” tambah portal tersebut.

BACA: Kuala Lumpur Dipilih Bandar Ke-7 ‘Port’ Makan Terbaik Dunia

Sumber: Insider Monkey

The post Malaysia Diiktiraf Negara Paling Disayangi Di Asia appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *