Mahkamah Jerman memutuskan satu hukuman baharu iaitu seorang pekerja boleh dipecat jika menghina majikan atau rakan sekerja mereka dalam kumpulan (group) aplikasi WhatsApp peribadi.

Memetik laporan Astro Awani, hakim Mahkamah Jerman memutuskan, walaupun ahli kumpulan mungkin berkongsi komen secara sulit dan tertutup, tetapi apabila menyentuh mengenai kenyataan mengutuk, menghina atau berbaur perkauman, kerahsiaannya terhad dalam kes-kes tertentu sahaja.

Screenshot 2023 08 26 At 3.42.49 Pm

Jika kata-kata penghinaan itu diketahui umum, pekerja boleh dipecat. Ini adalah keputusan dari Mahkamah Buruh Jerman selepas menimbang kes kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan Tulfly.

Kes itu membabitkan sekumpulan rakan yang bekerja di syarikat itu yang telah berkongsi ‘penghinaan jelas’, yang belum sedia dikongsi semula oleh pegawai. Tujuh rakan sekerja syarikat itu bertukar-tukar mesej WhatsApp selama beberapa tahun yang menghina satu sama lain dan mereka yang bukan sebahagian daripada ahli kumpulan itu.

Screenshot 2023 08 26 At 3.42.38 Pm
Mereka berkongsi kenyataan menghina, berbaur perkauman, tidak berperikemanusiaan dan seksis serta menggalakkan keganasan, dengan ugutan untuk “menumbuk muka orang”. Sebahagian daripada sejarah sembang mereka telah disalin dan dihantar kepada majlis kerja dan pengurus kakitangan yang akhirnya menyebabkan mereka dipecat.
Screenshot 2023 08 26 At 3.40.42 Pm

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *