Seperti yang kita sedia maklum, jika kita memandu di kawasan perumahan atau sekolah, memang wajib perlahankan kenderaan kan.

Namun, ada juga pemandu yang tak endah dengan peraturan jalan raya tersebut dan mereka tetap memandu melebihi had laju yang dibenarkan di kawasan tersebut.

Oleh sebab itulah, sebuah kawasan kampung Baune di Perancis pula telah bertindak membuat garisan putih yang bersilang di atas jalan dengan tujuan agar pemandu kenderaan akan memperlahankan kenderaan mereka apabila mereka keliru melihat garisan tersebut.

4 6

Memetik laporan Euro News, datuk bandar kawasan itu memilih solusi tersebut untuk menyelesaikan masalah pemandu kenderaan yang sering memandu kereta melebihi had laju di situ.

Difahamkan, had laju yang dibenarkan di lokasi itu ialah 30km/j, namun ramai pemandu yang memandu sehingga 100km/j.

Walaupun kawasan tersebut memiliki sekitar 1,700 penduduk namun penduduk terpaksa berdepan dengan masalah trafik yang sesak setiap hari kerana ia terletak di persimpangan jalan besar.

5 1

Walau bagaimanapun, ada juga warganet di negara itu yang mempersoalkan bahawa tindakan membuat garisan putih bersilang itu boleh mengelirukan pemandu sehingga boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Namun, difahamkan, buat masa ini, garisan putih bersilang ini dikatakan berjaya membuatkan pemandu kawasan itu memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui kawasan itu.

Sumber: Euro News  

Baca: Genius! Jalan Raya Di Australia Bercahaya Dalam Gelap Untuk Mudahkan Pemandu Kenderaan Pada Waktu Malam

F1 Line Glow

Sumber: Facebook

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *