Setiap manusia dilahirkan dengan genetik mereka sendiri bagi membezakan diri kita dengan orang lain. Genetik ini diwarisi dari ibu atau bapa seperti dagu berlekuk atau lesung pipit.

Tapi untuk sesetengah orang, mereka dilahirkan dengan mutasi genetik yang sangat-sangat unik hingga menyebabkan mereka lebih menonjol berbanding orang sekeliling mereka.

Jadi artikel kali ini, kita akan tengok beberapa sindrom unik yang berlaku kepada beberapa manusia terpilih yang menyebabkan fizikal mereka lebih berbeza dari manusia biasa.

1. Poliosis

Image

Poliosis atau nama penuhnya poliosis circumscripta merupakan keadaan genetik unik menyebabkan terdapatnya calitan putih pada rambut. Macam yang korang boleh tengok dekat gambar atas ni, di mana ibunya telah menurunkan rambut putihnya yang hanya ada di depan manakala rambut yang lain berwarna gelap. Cantikkan?

2. Vitiligo dan heterochromia

Image Ynwothlph4Yzrzrb

Lelaki ini dilahirkan dengan dua gangguan genetik iaitu vitiligo dan heterochromia. Vitiligo adalah satu keadaan di mana terdapat tompok putih yang terbentuk pada wajah dan badan kerana kekurangan melanin.

Manakala heterochromia pula bermakna seseorang itu mempunyai dua warna yang berbeza. Macam lelaki ni, dia mempunyai kombinasi tompok putih pada kulitnya serta mata berwarna coklat dan biru.

3. Sindrom Axenfeld-Rieger

Image Jjbk6Sdppaegfory

Mata besar biasanya dikira sebagai penanda kecantikan. Macam kanak-kanak ini, dia dilahirkan dengan mata yang sangat besar ekoran sindrom Axenfeld-Rieger.

Menurut ibu bapanya, bila keluar berjalan ramai memuji mata anaknya yang cantik namun begitu dorang tak tahu macam mana nak beri reaksi, sama ada beritahu yang mata anaknya itu merupakan satu kecacatan atau terima je pujian orang.

Keadaan ini sangat jarang berlaku dan ibu bapa kanak-kanak ini berharap dia dapat membesar dengan menerima keadaannya.

4. Sindrom Hutchinson-Gilford

Image R5Jmi4Ekkppvzb4B

Ramai orang yang takut cepat tua sampaikan ada yang sanggup buat macam-macam termasuk melakukan pembedahan untuk melambatkan proses penuaan. Tapi ramai yang tak tahu terdapat sindrom yang dikenali sebagai Hutchinson-Gilford yang menyebabkan bayi membesar dengan cepat.

Bayi yang mempunyai sidrom ini boleh membesar dan kelihatan seperti orang tua dalam masa dua tahun. Menyedihkan, walaupun badan mereka membesar dengan cepat, otak mereka tidak dan mereka juga turut mengalami penyakit orang tua seperti artritis dan demensia. Biasanya bayi yang mengalami sindrom ini meninggal dunia pada usia yang sangat muda.

5. Sindrom Ehlers-Danlos

Image Fwjdqzrcrfguzvvc

Kolagen merupakan perkataan yang popular dalam dunia kecantikan. Mana tidaknya, banyak produk kecantikan akan menawarkan suplemen kolagen bagi meningkatkan ketegangan kulit dan mengurangkan kedut.

Namun begitu, ada segelintir orang di dunia yang mempunyai sindrom Ehlers-Danlos di mana mereka mempunyai gangguan pada tisu penghubung yang menghalang badan mereka dari menghasilkan kolagen.

Orang yang mengalami sindrom ini akan mengalami kedutan pada kulit walaupun di usia yangs sangat muda.

Menarikkan? Ramai yang alami sindrom-sindrom dekat atas ni yang menghargai keadaan diri dorang yang unik sampai jadi model pun ada.

Sumber: Ovia Health

 

Baca: 11 Tradisi & Budaya Perkahwinan Yang Unik Di Seluruh Dunia

Collage 25 758X399 1

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *