Rasanya ramai yang sudah alert dengan kes scam yang berleluasa sejak dahulu lagi dan tak dapat dinafikan golongan warga emas sering menjadi mangsa penipuan ini. Anak-anak juga diminta untuk menasihati ibu bapa mereka supaya tidak mudah percaya dengan mesej daripada orang yang tidak dikenali.

Namun, nasi sudah menjadi bubur apabila seorang wanita ini menceritakan kisah ibunya menjadi mangsa scam dan terpaksa menanggung rugi melebihi RM70 ribu.

Jumpa skim pelaburan dekat Facebook

Pada awalnya, ibu Shalwani menjumpai skim pelaburan FA Advisory di laman Facebook dan telah melabur sebanyak RM250 sebagai modal permulaan serta terlibat dengan skim ini lebih kurang satu bulan.

Ibunya juga telah membuat 14 transaksi ke dalam akaun skim pelaburan itu dan mula sedar apabila untung pelaburan tidak diterima. Ketua pelaburan itu juga sering memberi alasan dan meminta ibunya untuk membuat transaksi lain sehingga mencecah lebih RM50 ribu.

“Lepas kena tipu, bank in lagi”

Pun begitu, Shalwani meluahkan rasa kecewa terhadap sikap ibunya sendiri kerana melayan mesej daripada orang yang tidak dikenali walaupun dia dan adik beradiknya sudah menasihati ibu mereka. Mereka juga sudah memberikan wang setiap bulan untuk perbelanjaan dan kini mereka pula perlu melangsaikan hutang ibu

Sejak saya kerja Johor dah 4 tahun ni, duit tiap2 bulan bagi 1k tak pernah miss ya, abang selalu bagi RM300-RM400 sbulan, akak sulung slalu bagi RM500-RM600, tapi tak tau lah apa lagi x cukup.
Ujian kami adik beradik agaknya, selalu sangat dah pesan jngn layan bukan2 kat telefon tu, tapi tak sangka, mak lebih percaya kan orang luar, lepas kene tipu, bank in lagi, lagi dan lagi. Harap ni jadi pengajaran utk org lain.
Selain itu, ibunya juga ada meminjam wang daripada saudara mara dan jiran untuk dijadikan modal pelaburan yang tidak wujud itu.
Mintak tolong sedara mara, jiran atau kenalan, kalau umi nk pinjam lagi duit atau merayu2 nk pinjam duit lagi, tu atas risiko sendiri. Kami adik beradik dah xnak masuk campur dah.

Rupanya kena scam lebih RM70 ribu

Walau bagaimanpun, Shalwani dan suami telah pergi membuat laporan polis dan mendapati jumlah sebenar ibunya ditipu adalah lebih RM70 ribu melalui pelbagai simpanan dan hutang daripada saudara.

Kami tahu duit yang hilang mmg tak akan dapat balik semula, tapi untuk bagi Umi sedar yang dia mmg dah di scam. Polis dah buat report tapi mcm biasa, duit yang di scam mmg tak akan dapat balik.

Kecewa, marah , sedih , penat semua ada, tapi mak still x sedar. Saya rasa saya dan suami dah settle part kami. Selebihnya kami serah pada Allah dan buat apa yg kami mampu lepas ni.

Shalwani juga meminta agar orang ramai di luar sana agar memantau orang tua mereka agar tidak menjadi mangsa scam.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar keluarga mereka dipermudahkan urusan dan memberi cadangan untuk ibu Shalwani menukar telefon biasa sahaja.

Scam 1 Scam 2
Banyak tu rugi.. moga dipermudahkan urusan keluarga ni.
Sumber: Facebook

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *