Kisah mengenai rider penghantar makanan yang bernama Muhammad Shahrul Shah telah mendapat perhatian ramai selepas tular videonya berjalan sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita dalam satu sekatan jalan raya.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu tamat tempoh dan tiada insurans seperti yang dilaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Susulan kisah itu, seorang personaliti media sosial Aisar Khaled terus membantu rider tersebut dengan menghadiahkan sebuah motosikal baharu jenama Yamaha LC.

Artikel berkaitan: “Untuk keselamatan semua” – Tular Video ‘Rider’ Berjalan Kaki Lepas Motor Disita, Rupanya…

Artikel berkaitan: “Saya sendiri serah kunci & motosikal untuk disita” – Penunggang P-hailing Kongsi Kisah Sebenar

Malah, pelawak Achey turut menawarkan diri untuk membaiki motosikal lama rider itu tanpa sebarang bayaran.

Achey berkata, rider terbabit tidak akan mengeluarkan kenyataan lanjut kerana mengaku kesalahan sendiri iaitu menunggang motosikal tanpa cukai jalan.

@achey_kintangkintung

Ok selesai… sabar rakyat malaysia… sentiasa positif yea.. kedua2 pihak jalankan tugas.. mana boleh kita bantu.. tak boleh kita doa jelahh.. #abangpanda #tiaracandy

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

“Saya dah contact dia. Alhamdulillah dia dapat sebuah motosikal daripada Aisar Khaled. Terima kasih Aisar.

“Saya dah bercakap dengan dia, apa-apa kos untuk ambil semula motor itu, nak buat balik ke apa, jangan sampai keluar duit sendiri. Insya-Allah Tiara Candy sudi membantu,” katanya di laman TikTok.

Ternyata, rakyat Malaysia sememangnya pemurah dan prihatin terhadap orang lain. Murah rezeki abang rider ni!

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *