fungsi sebenar periuk nasi

Lepas 20 Tahun Baru Tahu, Fungsi Bahagian Bawah Penutup Periuk Nasi Ramai Tak Sedar

Periuk nasi merupakan salah satu perkakas elektrik yang lazim ditemui di dapur, khususnya rumah-rumah orang Asia. Oleh kerana nasi adalah makanan ruji kebanyakan penduduk di benua ini, maka tak hairanlah setiap rumah ada periuk nasi elektrik.

Terdapat beberapa jenis beras seperti beras Basmati, beras Jasmine, beras Japonica dan lain-lain lagi. Selain itu, beras-beras ini juga akan dimasak dengan pelbagai cara dan sukatan mengikut jenis beras dan masakan.

Menurut Statista, seorang individu di Asia akan memakan kira-kira 60.4 kilogram (kg) nasi setahun secara purata.

Kadar pengambilan ini adalah dua kali ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar pengambilan purata, yang hanya sekitar 38.4 kiloram (kg) per individu.

Pada 2020, China merupakan negara pengeluar beras terbesar dunia apabila negara tersebut menghasilkan lebih dari 148 juta tan metrik beras.

Seterusnya, India mengikuti di belakang China iaitu dengan 116 juta tan metrik dan Indonesia dengan 36.70 juta metrik.

Dengan ini, jelaslah betapa pentingnya peranan periuk nasi elektrik dalam dapur masyarakat Asia yang memang gemarkan nasi.

Untuk makluman anda, terdapat empat jenis periuk nasi iaitu jenis digital, asas, multifungsi dan periuk nasi jenis ‘induction heat‘.

Bagi pemilihan jenis periuk nasi pula bergantung pada fitur yang ditawarkan, jenis kegunaan dalam dapur dan lain-lain faktor lagi.

Selain nasi, periuk nasi elektrik juga boleh digunakan untuk memasak sup secara stim, memasak bubur dan mengukus sayur.

Selalu terlepas pandang bahagian ini, rupanya ini fungsi sebenar pada periuk nasi

Biasanya, kita jarang untuk mengambil tahu kesemua fitur yang terdapat pada periuk nasi, lagi-lagi membelek-belek setiap bahagiannya secara teliti.

Ini menyebabkan kita terlepas pandang ‘fungsi rahsia’ yang terdapat pada peiuk nasi kita sendiri.

Berdasarkan video kiriman Meyspil (@spalspil_17), inidvidu tersebut berkongsi fungsi rahsia lain yang ada pada bahagian penutup periuk nasinya.

Sebelum ini, kita hanya menganggap bahagian bawah pada penutup periuk nasi tidak memiliki apa-apa fungsi yang signifikan.

Namun Mespil berkongsi sesuatu yang mungkin ramai pengguna periuk nasi elektrik tidak sedar selama ini. Rupanya, bahagian yang boleh dicabut itu juga boleh dijadikan penutup periup nasi apabila dibawa keluar dari dapurnya.

‘Penutup’ dari bahagian penutup periuk tersebut dapat menutup ruangan memasak nasi dengan sangat sempurna. Selepas ini, kita sudah tidak perlu menutupnya dengan pinggan mahupun tudung saji.

Jom tengok video dibawah.

@spalspil_17

Siapa yg baru tau jga ??? #viral #viralvideo #trend #fyp #fypシ #fakesituation

♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

BACA: Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu

Sumber: @spalspil_17 via TikTok, South China Morning Post, Kitchen Infinity

The post Lepas 20 Tahun Baru Tahu, Fungsi Bahagian Bawah Penutup Periuk Nasi Ramai Tak Sedar appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *