Tahun lepas, seorang individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin al-Idrissi mendakwa dirinya keturunan Nabi Muhammad SAW, mengejutkan ramai pihak.

Beberapa program yang menjemputnya di Malaysia tahun lalu dibatalkan atas salah faham pihak penganjur serta isu berkenaan permohonan tauliahnya untuk mengajar.

Pun begitu, baru-baru ini difahamkan Mawla Muhammad datang sekali lagi ke Malaysia dan menyertai sebuah program di Melaka.

@dy_zee8

Ketibaan Habib Maula Amin Dan Sheikh Hamza Al Kettani Berbusana Melayu.. #megawasilahcinta #wasilahcinta #cahayaalhasani #ahlulbayt #majlis #dinner #daurah #bangkitlahcintaku

♬ Epic – Joystock

Dalam acara tersebut, Mawla Muhammad kelihatan memakai busana tradisional Melayu serta lengkap bersamping dan bertanjak.

Selain itu, terdapat juga video yang memaparkan dia diarak sambil menunggang kuda, ramai yang membanjiri kawasan tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan individu yang didakwa keturunan Nabi Muhammad SAW itu.

“Lain macam sikit”

Walaupun acara itu kelihatan meriah dan ramai pengunjung yang hadir namun ada segelintir netizen yang menganggap individu itu tidak perlu disambut dengan cara sebegitu.

Malah, ada yang masih meragui status serta tauliahnya dalam menyampaikan dakwah, ramai juga yang merasakan sanjungan buat individu itu berlebih-lebihan.

Cats 70

Mungkin ada sebab lain dia dijemput, apa-apa pun kita tunggu je kenyataan rasmi…

Baca: JAKIM Belum Beri Kenyataan Rasmi Mengenai Individu Mengaku Cicit Nabi, Minta Orang Ramai Berhati-hati

Jakim Belum Beri Kenyataan Cicit Nabi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *