Sebut pasal kereta Proton, pastinya ramai yang tahu ianya merupakan kereta kebangaan negara yang pertama kali dilancarkan pada tahun 1985 dengan pengeluaran model pertama, Proton Saga.

Sejak itu, ianya berkembang dengan pesat dan menjadikannya kereta pilihan rakyat Malaysia dan berjaya menembusi pasaran United Kingdom (UK) pada tahun 1987.

Walaupun sudah 34 tahun kereta model Proton dilancarkan di sana, siapa menyangka yang kereta buatan Malaysia itu menjadi kegilaan lelaki warga Britain, Jon Coupland yang kini memiliki koleksi pelbagai model kereta Proton.

367442205 10160799895465380 2941047699501000493 N

Difahamkan, disebabkan kereta Proton masih ada dijual di sana sebagai kereta terpakai, ia membolehkan Jon meneruskan hobinya yang sememangnya meminati kereta unik dan jarang dijumpai.

“Saya secara tidak sengaja terlihat iklan Proton dalam laman web jual beli kenderaan” 

Berkongsi tentang pembelian Proton pertamanya, dia terlihat iklan jualan kenderaan berkenaan di sebuah laman web dan terus ke pusat jualan kenderaan tersebut untuk membeli kereta Proton Saga 1.5 dan membawanya pulang ke rumah.

Tambahnya lagi, dia memerhatikan keretanya tersebut agak lama sebelum menyedari model kereta Proton itu mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Walaupun ianya semakin dilupakan di UK. Itu menyebabkan Jon tekad untuk mengumpul semula model kenderaan tersebut bagi memastikan jenama Proton terus hidup.

Jonpro6 1693109345

Menurutnya, model pertama yang dibelinya merupakan sebuah Proton Saga 1.5 SE LE 1990, Edisi Khas UK yang masih dalam keadaan baik dengan jarak pemanduan sejauh 48,000 kilometer dengan harga £700 (RM4,000) pada tahun 2019.

Jon berkata, disebabkan di UK tiada lagi model baharu dijual, ia secara tidak langsung menambah lagi keunikan model-model lama tersebut yang hanya boleh dimiliki menerusi jualan syarikat kenderaan terpakai.

Tambahnya lagi, apa yang membuat dia menyukai model awal kereta Proton seperti Saga dan Iswara adalah rekaan dan kemasan yang berbeza jika dibandingkan dengan jenama biasa di Eropah selain ia mempunyai sudut rekaan yang cantik dan unik jika dibandingkan dengan kereta sedan jenama lain.

E7Ucb48Xmaeewnt

Mungkin disebabkan jenama ini semakin sukar untuk didapati di UK, Jon mengakui bahawa setiap kali dia memandu kereta Proton miliknya, ia akan menjadi perhatian orang ramai.

Menurutnya, model kedua kereta Proton iaitu Saga 1.5GL Black Knight Edition keluaran tahun 1989 miliknya menjadi tular selepas ia muncul sebagai pilihan juara bagi segmen kereta pelik dan tidak popular pada Festival of the Unexceptional: A Concours de l’Ordinaire’.

Tambahnya lagi, dia bernasib baik kerana bapanya seorang mekanik mahir bagi kereta Proton di UK dan alat ganti kereta berkenaan masih mudah untuk diperolehi di sana.

8 Kereta Proton Saga Iswara Milik Jon Coupland

Meskipun tiada kenalan rapat warga Malaysia, namun kandungan dipaparkan di media sosial dan Youtube, menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang sering berkongsi pandangan dan pendapat bersamanya.

Jon yang tidak pernah mengunjungi Malaysia menyimpan impian untuk melawat Proton City di Tanjong Malim, Perak, kilang dan muzium Proton di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Subang Jaya, Selangor, serta membawa sebanyak mungkin alat ganti dan aksesori Proton pulang ke UK dan juga menyimpan impian untuk membuka Muzium Proton di sana.

Baca : “Selamber tapau kereta antarabangsa lain” – Proton Saga ‘Limited Edition’ Menang Pertandingan Di UK

Proton Wira Viral Uk

Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro
Sumber: Twitter
Sumber: Harian Metro

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *