Malaysia Book of Records baru-baru ini telah mengiktiraf Lee Sei Loong, 47, sebagai pemandu pelancong pertama dari Malaysia yang telah melancong ke 195 buah negara di dunia!

Bekerjaya sebagai pemandu pelancong sejak tahun 1996, dia telah melawat ke semua negara berkenaan melalui perkhidmatannya dengan pelbagai agensi pelancongan.

Minat mengembara sejak kecil, antara negara yang pernah dilawati oleh Lee ialah Afghanistan, Uganda, Haiti, Arab Saudi, Iraq, Chine, Afrika Selatan, Tuvalu, Bhutan, Senegal, Korea Utara, Vietnam, Filipina, Indonesia dan banyak lagi. Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga pernah menjejak kaki di Kutub Utara.

Lee Sei Loong

Pengiktirafan berkenaan disifatkan sebagai sejarah yang cukup membanggakan buat dirinya dan dalam masa yang sama ingin memberi yang tebaik dalam kerjayanya sebagai pemandu pelancong.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja menyuntik semangat saya untuk terus berani mencuba sesuatu perkara baharu, tetapi turut menjadi bukti penting dalam karier saya”

Berkongsi lebih lanjut, Lee berkata tugas pemandu pelancong sepertinya adalah untuk menemani para pelanggannya sama ada individu atau berkumpulan ketika mereka melancong atau melawat tempat tarikan pelancongan.

Artikel berkaitan : Hanya 3 Orang Ni Je Dalam Dunia Yang Tak Perlukan Pasport Bila ‘Travel’ Ke Luar Negara, Sebab…

Artikel berkaitan : Ini Syarat Baru Kepada Pelancong Malaysia Yang Ingin Berkunjung Ke Eropah Bermula 2024

Tambahnya lagi, dia juga biasanya akan bertindak dalam menguruskan visa pelancong, menyampaikan maklumat, komentari, menjawab sebarang persoalan dari pelancong dan juga memastikan jadual perjalanan pelancong dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Menurutnya lagi, kerjaya sebagai pemandu pelancong juga tidak lari daripada berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.

Antaranya, dia perlu berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan, birokrasi imigresen serta perbezaan makanan di setiap negara yang dilawati selain kenaikan kos tambang penerbangan yang secara tidak langsung turut memberikan kesan kepada harga pakej yang ditawarkan.

Sumber : Sinar Harian

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *