Berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan semestinya sudah menjadi asam garam bagi mereka yang bekerja di kaunter. Suka atau tidak, semua ragam pelanggan perlu ditangani dengan penuh sabar.

Hal ini turut berlaku kepada seorang gadis apabila perlu berhadapan dengan lelaki yang mendakwa dirinya seorang anggota beruniform, cuba menguratnya ketika dia sedang bekerja.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, gadis ini memuat naik sebuah rakaman situasi ketika dia sedang bekerja dan diganggu oleh seorang individu yang mengaku dirinya komando.

Artikel berkaitan: “Dah macam pengemis” – Budak Lelaki Paksa Bagi Duit Raya Siap Mencarut Bila Tak Dilayan

Artikel berkaitan: “Pelapis masa hadapan” – Komando Bagi ‘Patch’ Kepada Askar Cilik Buat Netizen Tersentuh

Dalam video terbabit, kedengaran lelaki komando itu bersungguh-sungguh cuba mengurat gadis berkenaan walaupun beberapa kali tidak dilayan.

@ailaa.z

Ragam Customer Terpaling Komando 🤣 Btw Kebanyakan Anggota mmg Begini ke perangai nya dengan Perempuan ? Igt perempuan Suka agak Nya 🙄

♬ original sound – Aila – Aila

Malah, dia juga berani menunjukkan dirinya tidak berminat untuk berkenalan dengan anggota tersebut.

“Ragam customer terpaling Komando. By the way, kebanyakan anggota memang begini ke perangainya dengan perempuan? Ingat perempuan suka agaknya,” tulisnya.

Mungkin tidak berpuas hati kerana dirinya tidak dilayan, anggota terbabit mengeluarkan kata-kata merapu dan kasar terhadap gadis itu.

Kelakuan anggota terbabit nyata mendapat kritikan netizen, rata-ratanya meluahkan rasa geram dengan tindakan lelaki itu yang dilihat bersikap tidak sopan terhadap wanita. Ada juga yang berkongsi pernah mengalami situasi sama dengan golongan sebegini.

Screenshot 2024 01 26 173749Screenshot 2024 01 26 173818Screenshot 2024 01 26 173802

Menerusi video berasingan, gadis itu dilihat sedikit lega apabila ada pelanggan lain datang dan anggota terbabit kemudian beredar dari situ.

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *