Tular di media sosial pendedahan seorang wanita yang mendakwa menerima gangguan seksual daripada seorang lelaki yang tidak dikenali.

Sebelum ini, wanita yang dikenali sebagai Shimalaa Sanmuggam meminta bantuan seorang lelaki di laman sosial Facebook untuk mendapatkan rumah sewa sekitar daerah Setiu dan Bandar Permaisuri di Terengganu.

Shimalaa menyatakan dia sudah cuba mencari lebih 40 buah rumah di sekitar kawasan itu namun jawapan yang diterima menghampakan.

 

L

Menerusi tangkap layar mesej perbualan Facebook yang dikongsikan, lelaki terbabit menawarkan diri untuk membantunya mencari rumah sewa.

Namun, apa yang mengejutkan apabila lelaki terbabit bertindak di luar batasan dengan meminta ‘upah’ perkara yang menjijikkan. Malah diketahui, lelaki tersebut merupakan seorang yang sudah berkahwin.

Susulan itu, wanita terbabit memberitahu dia telah membuat laporan polis terhadap lelaki yang menghantar mesej berbaur lucah itu untuk tindakan lanjut.

“Seorang perempuan, bersendirian tanpa keluarga dan rakan mencari bantuan tetapi terpaksa berdepan dengak sikap prejudis,” luahnya kecewa.

Lelaki tampil nafi hantar mesej berbaur lucah

Ekoran hantaran tersebut tular, lelaki terbabit tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mendakwa akaun Facebook miliknya telah digodam.

Menerusi satu hantaran di Group Warga Setiu, lelaki tersebut memohon maaf atas dakwaan terbabit dan menegaskan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

“Saya mohon maaf atas apa yang viral pada Facebook saya hari ini. Malam tadi Facebook saya tak boleh buka, ada orang gunakan akaun Facebook saya. Facebook saya dah kena hack.

“Saya ada anak isteri untuk saya tanggung. Saya tak tahu apa yang terjadi pada saya, mungkin Allah nak uji saya. Saya bukan macam tu.

“Sekali lagi saya betul-betul mohon maaf. Dah banyak kali saya cuba tukar Facebook saya, tapi tak boleh logout,” tulisnya.

Screenshot 2023 08 28 133136

Sementara itu menerusi ruangan komen hantaran mangsa, orang ramai mengecam tindakan biadab lelaki terbabit yang mengambil kesempatan serta tidak menghormati wanita.

Baca: “Keturunanmu juga akan merasa kifarahnya” – Wanita Didakwa Mangsa Rogol Pendakwah Terkenal Respon Pasal Isteri Keguguran
Ft Mangsa Rogol Pendakwah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *