lelaki ditembak dua kali

Lelaki Bernasib Baik, Masih Hidup Walau Dua Kali Ditembak Di Kepala

Seorang lelaki di Mexico bernasib baik kerana masih hidup selepas ditembak di kepala sekurang-kurangnya dua kali, lapor Oddity Central.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika lelaki tersebut bersiar-siar di kejiranan Gustavo A. Madero di Mexico City pada 2 Ogos lalu.

Kemudian, mangsa didatangi oleh seorang lelaki yang dipercayai sebagai penyerang dan dia melepaskan tembakan di kepalanya dengan jarak dekat sebanyak dua kali.

Pun begitu, punca serangan yang dilakukan masih belum didedahkan namun apa yang lebih menarik perhatian bagaimana mangsa masih hidup walaupun selepas ditembak di kepala.

Peluru yang dilepaskan memantul dari tengkorak lelaki itu menyebabkan dia hanya mengalami luka kecil di bahagian kepala.

Peluru yang digunakan adalah peluru lama

Perkara itu sukar untuk diterangkan dengan tepat. Bagaimanapun, menurut beberapa sumber terdapat faktor-faktor penting yang memainkan peranan semasa kejadian berlaku.

Pertama sekali, peluru yang digunakan oleh penyerang itu adalah dipercayai peluru lama dan serbuk letupannya adalah sangat lembap.

Sementara itu, pistol itu sangat kecil dan mempunyai laras pendek yang menjejaskan hala tuju dan kuasa tusukan tembakan yang dilepaskan.

Berbanding menusuk terus ke dalam tengkorak lelaki itu, peluru tersebut bagaimanapun hanya melantun dari tengkoraknya apabila ditembak.

Ketika kejadian, lelaki itu meminta pertolongan kepada beberapa pengawal keselamatan berhampiran dan penyerang berjaya ditangkap.

Serangan yang dialami oleh lelaki itu masih menjadi misteri namun mangsa masih menganggap dirinya bertuah kerana terselamat.

BACA: Calon Presiden Ecuador Maut Ditembak Ketika Berkempen

Pemimpin BJP maut ditembak di Uttar Pradesh India

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemimpin dari Parti Bharatiya Janata (BJP) maut ditembak di negeri Uttar Pradesh, India, lapor Xinhua memetik polis.

Dalam kejadian pada Khamis petang itu, Anuj Chaudhary, 34, ditembak oleh tiga lelaki ketika sedang berjalan di luar kediamannya di daerah Moradabad, kira-kira 355 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

Chaudhary dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, menurut polis.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan sedang berusaha memburu suspek.

Sumber: Oddity Central

The post Lelaki Bernasib Baik, Masih Hidup Walau Dua Kali Ditembak Di Kepala appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *