Jualan gula-gula dan coklat anak pelawak Achey, Tiara Zinnirah yang diberi nama Tiara Candy mendapat sambutan begitu menggalakkan apabila kini ia sudah terjual 18,000 pek.

Melihat bisnes itu mendapat permintaan luar biasa, Achey mengambil keputusan mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan.

Menurut Achey, ramai yang menawarkan diri untuk membantunya membungkus Tiara Candy selepas memuat naik iklan mencari pekerja sambilan.

Artikel berkaitan: “3K pack sold out!” – Anak Achey Jual Gula-gula Secara ‘Live’, Habis Dalam Masa 2 Jam!

@achey_kintangkintung

Yang nak runcit2 .. tekan beg kuning #tiaracandy #tiarazinnirah #tiaraanakachey #tidolagibest

♬ Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – stevee wuaten

Pelawak itu berkata, dia membuka peluang kepada pelajar dan mereka yang masih bujang yang ingin bekerja membungkus gula-gula.

Rancang nak jual motosikal

Kata Achey, sehingga kini hampir 18,000 pek gula-gula sudah terjual dan jumlah pemulangan semula juga sangat rendah berbanding sasaran yang dibuat.

“Saya buka berapa jualan pun, netizen beli saja. Harga yang kami beri pun agak murah… feedback yang kami terima daripada pelanggan pun semua berpuas hati kerana isinya padat,” katanya.

Mengulas lanjut, Achey mahu mengambil serius terhadap perniagaan yang diusahakan dan sanggup menjual asetnya seperti motosikal untuk membeli van bagi urusan pengambilan stok gula-gula.

“Saya ada kereta pacuan empat roda tetapi kalau hujan susahlah sebab tak berbumbung, jadi saya sanggup jual dua atau tiga buah motosikal saya untuk membeli van bagi kegunaan bisnes,” ujarnya.

Terdahulu, Achey dan isterinya tidak dapat menahan sebak apabila berjaya menjual 3K bungkusan gula-gula dan coklat perniagaan anaknya.

Sumber: mStar

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *