Lai Pei Jing mangsa sindiket penipuan

Lai Pei Jing Mangsa Sindiket Penipuan, Hampir Semua Wang Simpanan Lesap

Pemain beregu profesional negara, Lai Pei Jing, baru-baru ini menjadi mangsa sindiket penipuan yang telah mengakibatkan beliau kehilangan sebahagian besar wang simpanannya.

Pemain berusia 31 tahun itu telah memaklumkan insiden malang ini melalui Instagram beliau @peijinglai semalam, di mana beliau berharap diberikan ruang peribadi bersama keluarga untuk bertenang.

“Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan saya yang melihat siaran ini, sama ada anda ingin tahu atau prihatin, sila berikan saya dan keluarga saya ruang peribadi untuk menangani emosi kami.

“Tolong beri kami masa untuk memproses segala-galanya, terutamanya ibu saya. Terima kasih.

“Ya, saya telah ditipu hampir semua wang simpanan saya oleh kumpulan penipuan.

“Sejujurnya, ini merupakan tamparan yang amat berat kepada saya. Simpanan titik peluh saya hasil kerja keras selama berdekad-dekad.

“Ia memerlukan keberanian yang tinggi untuk bercakap tentang ditipu kerana siapa yang mahu memberitahu orang lain bahawa mereka ditipu dengan sedemikian cara bukan?

“Apabila saya telah menyesuaikan diri dengan situasi itu, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya. Saya berharap dapat mengelakkan lebih ramai mangsa dan juga memaksa diri saya untuk menerima hakikat bahawa saya telah ditipu,” ujar sebahagian daripada catatan bekas pemain kebangsaan itu.

BACA: Kes Scammer: Pengarah Urusan Terpedaya, Rugi RM520,000

Sumber: Stadium Astro

The post Lai Pei Jing Mangsa Sindiket Penipuan, Hampir Semua Wang Simpanan Lesap appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *