Nampaknya kes buli dan pergaduhan antara pelajar sekolah di Malaysia semakin menjadi-jadi kerana minggu lepas je dah beberapa kes buli yang dikongsikan di media.

Kali ini, kes buli berlaku pula di negeri Terengganu di mana seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah disyaki telah dipukul oleh pelajar tingkatan dua sekolah yang sama.

Memetik laporan Buletin TV3, laporan mengenai kejadian tersebut telah diterima oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu setelah ada video tentang kejadian tersebut yang tular di media sosial.

Artikel Berkaitan : “Yang lain tengok je?” – Tular Video Bertumbuk Ala ‘Muay Thai’, Polis Buru 2 Pelajar

Difahamkan, pelajar tersebut dipukul ketika mangsa mahu pulang ke rumah di kawasan sekolah.

Guru sekolah berkenaan terus menghantar pelajar tersebut ke klinik untuk dirawat sebaik dia mengetahui tentang kejadian terbabit.

Setakat ini, punca pergaduhan masih sedang disiasat.

Terdahulu, tular di TikTok tentang sbuah video yang mengatakan seorang pelajar di Terengganu dipukul sehingga mangsa sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan.

Mangsa dikatakan tidak mampu melawan kerana dia hanya berseorangan.

Korang boleh tonton video tersebut di sini.

Sumber: Buletin TV3, TikTok @bosskal7

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *