Pernah tak korang bersedekah di masjid atau surau untuk dapatkan pahala lebih? Mesti pernah kan? Selalunya, duit itu kita akan masukkan dalam tabung yang terletak di hadapan atau pintu masuk masjid.

Namun, bebeza pula dengan sebuah surau ini yang menggunakan lori mainan untuk mengutip sedekah daripada orang ramai!

Cara yang kreatif ini menyebabkan sebuah video menjadi tular di laman TikTok. Video yang kini sudah mendapat 8685 like dan 436,300 tontonan itu membuatkan orang ramai geli hati.

@abangjambang7 Kat surau pun jadi 💆🏻‍♂️ #viral #fyp #abgtesla ♬ original sound – ABG.TESLA

Tidak kurang juga, ada sesetengah pihak yang bertindak memuji tindakan tersebut.

Manakan tidak, cara yang dianggap kreatif dan lain daripada yang lain itu sudah tentu dapat membuatkan orang ramai berpusu-pusu untuk bersedekah.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai kebanyakannya menyokong tindakan mengutip sedekah menggunakan lori itu.

“Mesti tak sabar nak masukkan duit dalam lori kan,” kata Mia.

“Dah maju ya, tak payah scan QR code lagi. Masukkan je duit dalam lori,” kata seorang pengguna.

“Surau tempat saya buat macam inj juga tapi bukan guna lori lah. Kalau tak, berebutlah budak-budak nak main,” kata Yana.

Sumber: TikTok Abang Jambang

Baca: ‘Macam ni ke bersedekah?’ – [VIDEO] Aisar Khaled Baling Hadiah Dari Atas Kren, Tapi Respon Netizen

Aisar Khaled Kongsi Rezeki 1

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *