Ahmad Kassan meninggal dunia

Koreografer Terkenal Dalam Program Macam Macam Aznil, Ahmad Kassan Meninggal Dunia

Jurulatih penari legenda yang dikenali dalam program Macam Macam Aznil iaitu Ahmad Kassan dilaporkan telah meninggal dunia, lapor Astro Awani.

Pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi lebih mesra disapa sebagai Pak Nil berkongsikan khabar duka itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya lewat pagi tadi.

“Saya baru dapat berita perkhabaran duka tentang pemergian sahabat Pak Nil, Allahyarham Ahmad Kassan yang merupakan antara nadi kuat dalam program Macam Macam Aznil suatu ketika dulu.

“Beliau dikhabarkan meninggal dunia di Singapura. Saya dah lama tak berhubungan dengan dia. Saya cuma dapat perkhabaran tentang diri dia melalui posting dia di Facebook, Instagram.

“Baru sebentar saya menerima khabar duka bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah,” maklumnya sedih.

Bercerita berkenaan arwah, Pak Nil menyifatkan allahyarham sebagai seorang sahabat yang sangat rapat dengannya.

“Allahyarham adalah seorang yang sangat rapat dengan saya ketika membuat rakaman Macam Macam Aznil.

“Beliau adalah antara tunjang utama kejayaan program itu. Saya rasai kehilangan dia dan semoga pemergiannya akan sama-sama kita dapat sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah.

“Semoga Allahyarham dikumpulkan bersama dengan orang orang yang soleh. Al-Fatihah…” ujarnya sebak menahan emosi.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

BACA: Sebagai Tanda Penghargaan, Aznil Sumbang Duit Raya Pada Rider e-Hailing

Arwah sebelum ini merupakan antara orang kuat dalam menjayakan rancangan kesukaan ramai pada suatu masa dahulu iaitu Macam-Macam Aznil.

Arwah dikenali sebagai seorang yang periang dan sering menjadi kesukaan ramai dalam program tersebut.

Sifatnya yang ceria bukan sahaja disukai oleh orang dewasa, malah beliau juga berjaya meraih tumpuan kanak-kanak.

Beliau juga dikenali dengan seorang penghibur yang suka menggayakan fesyen-fesyen unik ketika menari dalam program hiburan tersebut.

Sumber: Astro Awani

The post Koreografer Terkenal Dalam Program Macam Macam Aznil, Ahmad Kassan Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *