korea utara ancaman langsung asean

Korea Utara Cetus Ancaman Langsung Kepada ASEAN, Kata Presiden Korea Selatan

SEOUL, 5 Sept (Bernama-Yonhap) – Program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara yang semakin berkembang merupakan ancaman langsung dan wujud kepada negara-negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), kata Yoon Suk Yeol, Presiden Korea Selatan, .

Menurut Agensi Berita Yonhap, Yoon membuat kenyataan itu dalam temu bual bertulis dengan akhbar harian Indonesia Kompas sebelum lawatan ke Jakarta untuk menghadiri siri sidang kemuncak tahunan berkaitan ASEAN, menyeru kerjasama yang lebih erat dengan rantau itu untuk menangani ancaman dari Korea Utara.

Yoon akan berlepas ke Indonesia pada lewat Selasa dalam lawatan yang juga akan membawanya ke India pada hujung minggu ini untuk sidang kemuncak dengan pemimpin ekonomi utama Kumpulan 20 (G20).

“Provokasi peluru berpandu Korea Utara yang semakin meningkat dan ancaman nuklear menimbulkan risiko langsung dan wujud kepada negara-negara ASEAN,” Yoon dipetik sebagai berkata.

Yoon menggesa perpaduan dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk bertindak tegas terhadap ancaman sedemikian, dengan matlamat utama untuk mencapai denuklearisasi (pembubaran program nuklear) Korea Utara.

Yoon yang juga menekankan kepentingan keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik, berkata ia dikaitkan secara langsung dengan keamanan dan kestabilan global.

Yoon yang berharap agar kerjasama tiga hala antara Korea Selatan, China dan Jepun kembali dilaksanakan, berkata beliau berharap kerjasama antara ASEAN dan tiga rakan dialog di Asia Timur Laut akan berkembang lebih kukuh.

Beliau juga menekankan komitmen Korea Selatan untuk memperluaskan sokongan kepada rantau ASEAN.

“Kami akan berkongsi pengalaman Korea Selatan, yang mencapai pembangunan ekonomi dalam tempoh yang singkat yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan negara-negara ASEAN,” kata Yoon, berjanji untuk memperluaskan bantuan besar yang diperlukan rantau itu.

BACA: Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu

Sumber: Bernama

The post Korea Utara Cetus Ancaman Langsung Kepada ASEAN, Kata Presiden Korea Selatan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *