Korea selatan indonesia nuklear mineral

Korea Selatan, Indonesia Setuju Adakan Kerjasama Penjanaan Tenaga Nuklear, Mineral

MOSCOW, 8 Sept. (Bernama-Sputnik) β€” Korea Selatan dan Indonesia menandatangani 14 perjanjian awal dan dua kontrak semasa persidangan meja bulat yang diadakan di Jakarta pada Khamis untuk meningkatkan kerjasama dalam penjanaan kuasa nuklear, mineral utama dan bidang industri lain, lapor Sputnik.

Menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan, bahawa Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol melawat negara Asia Tenggara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur, lapor Agensi Berita Yonhap.

Persatuan kuasa nuklear kedua-dua negara menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bagi pertukaran maklumat mengenai penjanaan kuasa nuklear, dengan tumpuan kepada reaktor modular kecil (SMR).

Jakarta bercadang untuk memperkenalkan SMR baharu menjelang 2039.

Indonesia diwakili oleh 17 ahli perniagaan dan ketua Dewan Perniagaan Indonesia, menteri penyelaras bagi hal ehwal maritim dan pelaburan serta menteri kesihatan.

Menurut Dana Kewangan Antarabangsa, Indonesia muncul sebagai ekonomi ASEAN terbesar tahun lalu, mendahului Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam dan Filipina.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Indonesia mencecah US$1.3 trilion, iaitu 36 peratus daripada keseluruhan KDNK Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.

Korea Selatan, Indonesia berbincang perkukuh kerjasama

Sebelum ini, Korea Selatan dan Indonesia telah merancang untuk membincangkan langkah untuk meningkatkan kerjasama dua hala mengenai penjanaan tenaga nuklear, rantaian bekalan mineral utama dan sektor industri maju lain, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga pada 15 Mei lepas.

Naib Menteri I kementerian itu, Jang Young Jin, sedang dalam lawatan empat hari ke Jakarta mulai 14 Mei untuk berbincang dengan pegawai kanan Indonesia, termasuk Menteri Ekonomi, Airlangga Hartarto, dan Menteri Tenaga, Arifin Tasrif, mengenai isu industri yang mempunyai kepentingan bersama, lapor agensi berita Yonhap.

Korea Selatan akan mencadangkan peningkatan hubungan dalam industri tenaga nuklear, ketika Indonesia mengumumkan rancangan membina loji kuasa nuklear komersial pertamanya menjelang 2039.

BACA: Elak Kemalangan, Ketahui Fungsi Garisan Di Lebuhraya & Cara Tukar Lorong Dengan Betul

Sumber: Bernama

The post Korea Selatan, Indonesia Setuju Adakan Kerjasama Penjanaan Tenaga Nuklear, Mineral appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *