Pada abad ke-20, satu gambar menunjukkan seorang ibu menyorokkan mukanya sementara empat orang anaknya berpelukan sesama sendiri dengan muka yang keliru duduk di tangga. Di sebelah mereka terdapat satu papan tanda dengan tulisan yang besar mengatakan “4 Children For Sale”.

Ketika gambar ini pertama kali keluar di depan akhbar Vidette-Messenger, sebuah akhbar tempatan di Valparaiso, Indiana pada 5 Ogos 1948, ramai yang membuat andaian bahawa gambar tersebut palsu dan dilakonkan. Malangnya, kanak-kanak di dalam gambar ini akhirnya memang dijual kepada keluarga lain.

4 Children For Sale

Beberapa tahun kemudian, kanak-kanak di dalam gambar ini telah kongsikan kisah mereka…

Artikel berkaitan: Diambil Sebagai Anak Angkat Oleh Keluarga Kaya, Rupanya Keluarga Kandung Lebih Kaya!

 

Artikel berkaitan: “Plot twist siut!” – ‘Anak Angkat Dari Neraka’ Nafi Tipu Umur, Mak Ayah Buat Cerita Sebab Tak Sanggup Nak Jaga

Kisah menyayat hati disebalik gambar

Ketika gambar ini pertama kali dikeluarkan di Vidette-Messenger, ia turut ditulis dengan kapsyen seperti berikut:

Papan tanda besar ‘Untuk Dijual’ sebuah laman di Chicago ini telah menceritakan kisah tragis Mr dan Mrs Ray Chalifoux yang telah menerima surat arahan pengusiran dari rumah mereka. 

Tak ada tempat nak dituju, pemandu lori arang yang menganggur dan isterinya membuat keputusan untuk menjual empat orang anaknya. Mrs Lucille Chalifoux telah menolehkan kepalanya dari kamera di atas anak-anaknya yang merenung dengan keliru. Di atas tangga merupakan Lana, 6 dan Rae, 5. Di bawah adalah Milton, 4, dan Sue Ellen, 2.”

The Vidette Messenger

Tak diketahui berapa lama papan tanda tersebut telah diletakkan di laman rumah tersebut, beberapa ahli keluarga telah menuduh Lucile Chalifoux menerima bayaran untuk membuat gambar tersebut namun dakwaan tersebut tak pernah disahkan.

Sama ada gambar tersebut benar-benar berlaku atau tidak, empat kanak-kanak ini tetap berakhir di rumah keluarga lain.

Gambar tersebut kemudiannya dikeluarkan di banyak surat khabar di Amerika Syarikat dan beberapa tahun kemudian, Chicaco Heights Star melaporkan seorang wanita dari Chicago telah menawarkan rumahnya untuk kanak-kanak tersebut. Tak cukup dengan itu, keluarga ini juga dikatakan turut mendapat tawaran pekerjaan dan bantuan kewangan dari orang ramai.

Malangnya, kesemua bantuan ini tak cukup untuk keluarga Chalifoux apabila dua tahun selepas gambar ini dikeluarkan, kesemua anak-anak mereka termasuk bayi di dalam kandungannya telah dilepaskan.

Korang mesti tertanya-tanya apa nasib budak-budak dalam gambar tu kan?

Anak paling bongsu, David, diambil oleh keluarga yang baik tapi tegas

Raeanne Bedford And Milton

Bapa kanak-kanak Chalifoux, Ray telah meninggalkan keluarganya ketika dorang masih kecil dan tak dapat nak pulang ke rumah ekoran terdapat rekod jenayah.

Disebabkan ini, Lucille Chalifoux telah menerima bantuan kerajaan dan melahirkan anaknya yang ke-5, David pada tahun 1949. Bagaimanapun, setahun kemudian David telah dikeluarkan dari rumah tersebut atau telah dilepaskan. Seperti adik beradiknya yang lain, dia tak pernah tahu sebab sebenar.

David telah diambil sebagai anak angkat secara rasmi oleh Harry dan Luella McDaniel yang telah mendapat hak penjagaan bayi ini pada Julai 1950, keadaannya ketika itu menunjukkan bahawa dia tak dijaga dengan baik sebelum ini.

David mengatakan, ketika dia diambil sebagai anak angkat, terdapat banyak kesan gigitan pepijat di seluruh badannya.

Kehidupannya dengan keluarga McDaniel sangat stabil dan selamat namun tegas. David mengatakan dia merupakan seorang remaja yang memberontak dan telah melarikan diri dari rumah ketika berusia 16 tahun sebelum menghabiskan masa 20 tahun menjadi tentera dan kemudiannya bekerja sebagai pemandu lori.

Pun begitu, David membesar tak jauh dari adik beradiknya Rae dan Milton. Dia juga pernah melawat mereka beberapa kali, namun nasib adik beradiknya itu tak sebaik dirinya…

Rae dan Milton dirantai di dalam bangsal dan dilayan seperti hamba

Raeann And Milton With The Zoetemans

Rae mengatakan bahawa ibu kandungnya telah menjualnya dengan harga $2 dan menggunakan duit tersebut untuk bermain bingo. Wang tersebut dikatakan dibayar oleh pasangan bernama John dan Ruth Zoeteman.

Didakwa, pasangan ini pada awalnya hanya mahu membeli Rae namun selepas melihat Milton menangis, mereka membuat keputusan untuk mengambil kanak-kanak lelaki itu juga. Namun mereka menganggap kanak-kanak tersebut lebih kepada harta dan bukannya manusia.

Pada hari pertama di rumah pasangan Zoeteman, John telah mengikat Milton dan memukulnya sebelum memberitahu kanak-kanak tersebut yang dia perlu menjadi hamba dan bekerja di ladang keluarga ini.

Saya kata saya akan ikut cakap dorang. Saya tak tahu hamba tu apa, saya hanyalah seorang budak ketika itu.” – Milton.

Pun begitu, Milton memberitahu bahawa Ruth telah membersihkannya selepas dia dipukul dan wanita ini beritahu bahawa dia sayangkan Milton dan mulai hari tersebut, Milton akan menjadi anaknya.

Rae pula menggambarkan rumah pasangan Zoeteman sebagai satu tempat penyeksaan dan tiada kasih sayang.

Dorang selalu rantai kami sepanjang masa. Masa saya kecil kami perlu bekerja di ladang.”

Anak lelaki Rae, Lance Gray menggambarkan kehidupan ibunya seperti filem seram. Bukan sahaja kehidupannya sebagai kanak-kanak sangat traumatik, tapi ketika remaja, ibunya ini telah diculik, dirogol dan mengandung.

Disebalik perkara-perkara tragik yang berlaku ke atas Rae, wanita ini telah menjadi seorang ibu yang baik dan penyayang.

Dilaporkan, ekoran penderaan yang diterima oleh Milton, lelaki ini telah menjadikan lelaki ini sebagai seorang yang pemarah di usia remaja.

Malah pernah sekali, dia di bawa ke mahkamah dan dianggap sebagai “ancaman kepada masyarakat”. Dia telah diberikan pilihan untuk dihantar ke hospital mental atau penjara, Milton memilih hospital mental.

Selepas didiagnos dengan Skizofernia, Milton meninggalkan hospital tersebut pada 1967 dan berkahwin sebelum berpindah dari Chicago ke Arizona bersama isterinya.

Pun begitu, perkahwinannya tidak kekal namun dia tetap tinggal di Tucson, Arizona.

‘4 Children For Sale’ bersatu semula

Milton dan Rae telah berhubung semula ketika mereka dewasa namun tak sempat berjumpa dengan Lana yang meninggal dunia kerana kanser pada tahun 1998.

Pun begitu, mereka sempat bercakap sebentar dengan Sue Ellen dan mengetahui bahawa adik mereka ini tinggal tak jauh dari rumah asal mereka.

51D8E560126Ee.image

Ketika adik beradik ini bertemu semula pada tahun 2013, Sue Ellen telah pun berada pada peringkat terakhir penyakit paru-paru dan sukar untuk bercakap.

Namun begitu, Sue Allen sempat memberitahu responnya yang ditulis di dalam kertas. Dia memberitahu bahawa dia gembira dapat bertemu semula dengan Rae dan sayangkan kakaknya, dan bila ditanya pendapat tentang ibu kandungnya, Sue menulis:

Dia patut dibakar di neraka.”

Sumber: ati

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *