bekas setiausaha politik ditahan

Kes Rasuah Projek Buku RM80 Juta: Bekas Setiausaha Politik Bekas Menteri Antara Dua Ditahan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kanan antara dua yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Menurut sumber, perbuatan rasuah itu adalah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

“Suspek pertama iaitu bekas setiausaha politik berusia dalam lingkungan 20-an kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua merupakan pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

“Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan tersebut dengan meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus,” kata sumber itu dalam kenyataan hari ini.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sumber berkata kedua-dua individu berkenaan ditahan kira-kira 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan kini direman selama empat hari sehingga Selasa depan (26 Sept) selepas SPRM membuat permohonan reman ke atas mereka pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber: BERNAMA

The post Kes Rasuah Projek Buku RM80 Juta: Bekas Setiausaha Politik Bekas Menteri Antara Dua Ditahan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *