Pihak polis akan membuat siastan sama ada pemandu lori yang telah merempuh beberapa buah kenderaan sehingga menyebabkan 2 maut di KM5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya itu ada menggunakan telefon bimbit ketika kejadian.

Ketua Polis Putrajaya, Asmadi Abdul Aziz mengatakan bahawa berdasarkan pemerhatian awal dekat CCTV di lokasi, pemandu lelaki berusia 25 tahun itu ada peluang untuk kurangkan impak dengan memberhentikan kenderaannya.

Artikel Berkaitan : “Dia yang datang ke arah saya” – Anggota JPJ Dirempuh Penunggang Motosikal Cerita Situasi Sebenar

Artikel Berkaitan : Tular Video Penunggang Motor Rempuh Anggota JPJ Sampai Cedera, Rupanya Tiada Lesen Memandu & Road Tax

Jelasnya, ini kerana pemandu itu mengakui bahawa dia tidak sempat memberhentikan lori yang difahamkan dalam keadaan baik dan baru digunakan.

Screenshot 2023 09 20 182539

“Rakaman CCTV menunjukkan lori berubah haluan dari tengah ke kiri dan melakukan rempuhan, dia (pemandu lori) ada peluang berhentikan treler kerana kenderaan lain telah berhenti. Kita jangka (punca kejadian) mungkin dari segi teknikal lain atau main telefon.”

Mangsa, dua penunggang motosikal berusia 25 dan 39 tahun maut dalam kejadian 10.15 pagi itu, jelas Asmadi, pihaknya akan memaklumkannya selepas waris mangsa melakukan pengecaman.

Tambahnya, ketika kejadian anggota polis trafik sedang mengadakan latihan dan mengenal pasti laluan untuk kejohanan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) esok.

Screenshot 2023 09 20 182954

“Dari segi tata cara kita patuhi SOP ditetapkan, daripada pemerhatian CCTV memang cantik dan tidak ada masalah…cuma lori itu kita tidak tahu sama ada terleka atau atau main handphone (telefon bimbit).”

Beliau juga berkata pihaknya akan memohon reman pemandu itu dan melakukan ujian air kencing. Sementara itu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menjalankan siasatan sama ada lori tersebut membawa lebih muatan ketika kejadian.

Sumber : FMT

Sumber: FMT

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *