polis buru suspek kedai makan

Kes Gaduh Kedai Makan: Polis Giat Buru Suspek

Polis sedang giat mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai makan di Taman Impian Emas, Skudai, Johor Bahru pada Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 11.50 malam.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah pergi ke tempat kejadian namun semua suspek telah melarikan diri.

“Sehingga kini tiada mangsa yang tampil membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut,” katanya.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

BACA: Suspek Baling Batu Di Pejabat PAS Pusat Di Bawah Pengaruh Dadah – Polis

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu agar menyalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Faez bin Rahim pada talian 011-11905471.

Orang awam turut dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Utara

BACA JUGA: Sayu, Pekerja Kedai Jumpa Kucing Dalam Luggage

The post Kes Gaduh Kedai Makan: Polis Giat Buru Suspek appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *