Pada September 2017, Malaysia digemparkan dengan berita menyayat hati di mana seramai 23 pelajar dan penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut selepas premis itu terbakar.

Hari ini, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun dilepas dan dibebaskan daripada 23 pertuduhan membunuh.

Artikel berkaitan: “Diletak elok dalam bekas” – [VIDEO] Tukang Cat Terjumpa Bayi Dibuang Berhampiran Pusat Tahfiz

Artikel berkaitan: Lelaki Mengamuk Depan Masjid Maut Didakwa Dipukul Sekumpulan Pelajar Tahfiz

Dalam kejadian 14 September 2017 itu, seramai 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, panel hakim itu menolak rayuan pendakwaan selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan perayu kedua daripada semua pertuduhan membunuh.

61597650707 Tahfiz

Hakim Che Mohd Ruzima berkata, pihaknya sebulat suara tiada sebab mengubah keputusan hakim Mahkamah Tinggi untuk membebaskan perayu kedua.

Difahamkan, ketika insiden itu berlaku, tertuduh masih berusia 16 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati kerana adalah pesalah di bawah umur 18 tahun.

Sebagai info, pihak pendakwaan memanggil seramai 71 saksi, manakala enam saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Mei 2018.

Menurut laporan yang sama, pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Astro AWANI

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *