Perjudian bukan sahaja haram di sisi agama Islam, ia juga merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia.

Umum mengetahui, topik judi ini menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini. Kenapa ek?

Artikel berkaitan: Little Miss Khan Didakwa Rakam IG Story Filem ‘House Of Gucci’ Dalam Pawagam , GSC Bakal Ambil Tindakan

Artikel berkaitan: “Sangat BIADAB” – Didakwa Hadir Acara Lumba Kuda, Ibu Neelofa Bengang Ameera Dituduh Berjudi

Baru-baru ini, tular sebuah gambar yang dimuat naik oleh personaliti media sosial Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan yang memaparkan dia sudah meletakkan taruhan (judi) dalam satu sesi lumba kuda yang dijalankan di luar negara.

Cats 44

Menurut laporan Berita Harian, Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti popular Neelofa itu hanya memberikan jawapan pendek ketika ditanya berkenaan isu IG Story yang dimuat naik itu.

“Apa yang saya kongsi dalam Instagram (IG) untuk anda lihat, itu sahaja. Ia adalah pilihan saya berkongsi dan apa sahaja yang anda mahu ambil daripada perkongsian itu, fikirlah apa yang anda nak fikir.

Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” katanya.

Sebelum ini, IG Story yang dimuat naik olehnya itu mendapat kecaman dari ramai netizen sehinggakan ianya menjadi topik yang trending pada ketika itu.

Difahamkan, gambar yang diambil itu adalah ketika Ameera menghadiri acara jenama fesyen terkemuka dunia, Longchamp di kota Paris, Perancis.

Sumber: Instagram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *