Kereta langgar pagar Istana Besar

Kereta Terbabas Langgar Pagar Istana Besar

JOHOR BAHRU, 3 Jun (Bernama) — Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu melanggar pagar Istana Besar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku akibat permukaan jalan raya yang licin.

“Lelaki itu memandu kereta berseorangan. Keretanya terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan juga mendapati pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk dan saringan ujian air kencing yang dibuat ke atas lelaki itu juga negatif dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pemandu tersebut dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan satu video berdurasi tiga saat memaparkan sebuah kereta merempuh pagar istana sehingga mengakibatkan pagar tersebut mengalami kerosakan.

BACA: Rumah Usahawan Kieda Crepe Dipecah Masuk, Kerugian Cecah RM800,000

Sumber: Bernama

The post Kereta Terbabas Langgar Pagar Istana Besar appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *