Kerana Kasihan, Wanita Lepaskan Udang Karang Bernilai RM1,020 Ke Lautan Semula

Kerana Kasihan, Wanita Beli Udang Kara RM1,020 & Lepaskan Ke Lautan Semula

Seorang wanita memesan seekor udang kara yang berharga kira-kira £175 (RM1,020) di sebuah restoran makanan mewah sebelum melepaskannya semula ke lautan kerana kasihan.

Menurut Mirror, tindakan wanita itu turut mengejutkan pelanggan-pelanggan lain di restoran berkenaan. Mereka tidak menyangka udang tersebut yang dibeli itu bukan untuk dimasak oleh chef di restoran terkemuka berkenaan. Sebaliknya kerana mahu dilepaskan semula ke habitat asal.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika wanita itu mengunjugi restoran makanan laut Gente di Mare, Golfo Aranci di Sardinia, Itali bersama suaminya.

Apabila tiba di restoran tersebut, wanita berkenaan memesan Arragosta alla Catalana (udang kara dimasak gaya Catalan) bersama liguine (sejenis pasta).

Dalam pada itu Antonio Fasolino, pemilik bersama restoran berkenaan bersama abangnya, Gianluca, mengakui terkejut dengan apa yang dilalui mereka pada hari tersebut.

“Pada awalnya, saya menganggap bahawa dia hanya bergurau. Kemudian, saya faham bahawa wanita tersebut serius dan ingin melakukan amal kebajikan,” katanya.

Dia kemudian berkongsi dengan media bagaimana kisah menyentuh hati itu terjadi.

Antonio memaklumkan telah mengambil seekor udang kara daripada tangki simpanan dan menimbang berat udang tersebut di dapur.

Kemudian, berat dan harga udang tersebut dimaklumkan kepada wanita berkenaan. Menurut Mirror, berat udang kara berkenaan mencecah dua kilogram.

Dengan berat tersebut, harga udang kara itu ditetapkan pada harga £175 (RM1,020). Selepas itu, udang kara yang masih hidup itu dibawa di dalam baldi lut sinar dan diletakkan bersebelahan meja pasangan tersebut.

Sebab bertanya sama ada udang karang akan ‘sakit’ jika dilepaskan dari ketinggian tertentu

Sebelum melepaskannya ke lautan, wanita berasal dari Switzerland itu sempat bertanya sama ada tindakan melepaskan udang karang terbabit dari ketinggian tertentu boleh menyebabkan udang berkenaan merasa sakit.

Setelah diyakinkan bahawa tindakan tersebut adalah selamat, wanita tersebut melepaskan udang berkenaan menerusi palang besi di kawasan laut, berdekatan restoran tersebut.

Tindakan wanita tersebut dirakam oleh suaminya dan beberapa pengunjung di restoran terbabit.

Sebaik sahaja ubang karang berkenaan menyentuh air lautan dan berenang pergi, Antonio melihat reaksi wanita terbabit.

“Saya tersentuh apabila melihat keseronokkan dan keterujaannya selepas berbuat demikian.

“Dia sangat gembira dan terharu kerana dapat memenuhi hajat ini. Kami tumpang gembira melihatnya.”

Woman pays $200 for a live lobster at a restaurant just to set it free 🦞 pic.twitter.com/IXWpnUiMU9

— Censored Men (@CensoredMen) September 18, 2023

BACA: Tetap Ditutup Dengan Cadar, Tapi Kenapa Tilam Dijual Ada Jahitan & Corak Cantik?

Sumber: Mirror

The post Kerana Kasihan, Wanita Beli Udang Kara RM1,020 & Lepaskan Ke Lautan Semula appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *