oku tvet pm

Kerajaan Timbang Permudah Syarat OKU Sertai TVET – PM

JOHOR BAHRU, 3 Sept (Bernama) — Kerajaan akan menimbang semula syarat kelayakan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memudahkan mereka menyertai bidang itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Pengerusi Majlis TVET, untuk melaksanakan perkara itu.

“Saya akan beritahu beliau walaupun ada kelonggaran untuk OKU, janganlah kenakan syarat seperti (perlu mempunyai) dua tangan. Syaratnya mesti yang ada keupayaan, jadi kita akan berikan ruang.

“Insya-Allah, ini boleh (dilaksanakan),” katanya ketika menjawab soalan dalam Program ‘Temu Anwar’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai hari ini.

Terdahulu, seorang peserta OKU yang merupakan alumni UTM ingin tahu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan dasar memperuntuk satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada golongan itu dipatuhi dan keperluan menilai semula syarat menyertai TVET bagi OKU.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Siasat Pemilik Akaun Media Sosial Hina Perdana Menteri

The post Kerajaan Timbang Permudah Syarat OKU Sertai TVET – PM appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *