kerajaan perkenalkan gst

Kerajaan Tak Tolak Perkenalkan Semula GST – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini memaklumkan bahawa kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Bagaimanapun, menurutnya, strategi utama kerajaan adalah untuk meluaskan sumber hasil negara. Ia termasuk fokus ke arah membangunkan Cukai Keuntungan Modal, yang dijadualkan dilaksanakan pada 2024, lapor Sinar Harian.

“Kerajaan akan berpegang kepada strategi kami dan terbuka untuk melaksanakan apa jua cara bagi mencapai kemampanan fiskal melalui sumber yang lebih luas.

“Oleh itu, sama ada ia akan menjadi GST, Cukai Keuntungan Modal atau sebarang bentuk cukai langsung dan tidak langsung, kami hanya akan memutuskan berdasarkan kes ke kes atau tahun ke tahun.

“Sebarang pengumuman berkenaan pengenalan cukai akan dibuat menteri kewangan menerusi pembentangan bajet,” katanya.

Beliau bercakap mengenai perkara tersebut pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

BACA JUGA: Akta Semakan Hukuman Mati Dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023 Berkuat Kuasa Esok

Subsidi Bersasar

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa Program Subsidi Bersasar dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun depan.

Memetik laporan Bernama, jangka masa itu ditetapkan setelah tempoh percubaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilaksanakan November ini, sebelum dibuka kepada orang ramai untuk pengesahan kedudukan sosioekonomi mereka pada Januari depan.

“Kaedah atau mekanisme sama ada menerusi pindahan tunai atau pemberian kad akan diputuskan dari semasa ke semasa kerana keutamaan pada masa ini untuk memastikan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah lengkap,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk menubuhkan PADU pada 15 Mei lalu bagi menggabungkan maklumat sosioeknomi setiap isi rumah di negara ini. Ia adalah bagi memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar.

Difahamkan, sistem itu akan membantu kerajaan memastikan sebarang program subsidi dilaksanakan dengan lebih teratur untuk mengelakkan sebarang keciciran dalam kalangan penerima isi rumah yang layak.

BACA JUGA: Tak Henti Tabur Jasa, Perajurit Dapur Juga Patut Dihargai Sempena Kemerdekaan

Sumber: Sinar Harian

The post Kerajaan Tak Tolak Perkenalkan Semula GST – Rafizi appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *