Shah Alam, 27 Ogos 2023 – Bandar raya Shah Alam meriah bergema dengan simfoni muzik, kegembiraan dan sajian yang menyelerakan apabila KEPCI Music Fest yang dinanti-nantikan telah mempamerkan kejayaannya di Stadium Melawati pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023. Sempena sambutan 50 tahun KFC yang gemilang, festival ini telah pun mempersembahkan pengalaman istimewa yang menyatukan rakyat Malaysia melalui kemeriahan muzik, budaya dan sudah tentunya, citarasa KFC yang ‘lazat sehingga menjilat jari!’

Wawasan KFC Music Fest diilhamikan menerusi dedikasi yang sungguh-sungguh KFC dalam memupuk semangat kemasyarakatan dan memperkasakan warisan kaya Malaysia. Pesta ini dengan jayanya telah menyatukan artis dan bakat tempatan menerusi karya agung mereka yang menyentuh hati orang ramai.

Pentas festival menjadi saksi kepada kehadiran lagenda-lagenda seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Amy Search, Misha Omar, dan Budak Nakal Hujung Simpang yang menghiburkan ribuan penonton pada malam tersebut. Petang itu lebih diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang amat terharu dengan barisan artis tempatan yang.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza merenung acara itu dan berkongsi, “KEPCI Music Fest adalah malam yang penuh bermakna di mana potensi muzik untuk menyatukan orang terserlah melangkaui jangkaan, bahkan juga dapat mencipta memori yang tidak dapat dilupakan.”

KEPCI Music Fest telah melebarkan sayapnya bagi menjadi satu sambutan yang dinamik dalam mempamerkan mozek budaya Malaysia dan mengeratkan persahabatan sesama masyarakat. Para hadirin berseronok dengan pelbagai aktiviti yang mengasyikkan, pameran kebudayaan yang menawan hati dan, sajian yang lazat daripada KFC.

Kepci Music Fest 2023 ini yang menggabungkan kegembiraan, nostalgia dan sajian menyelerakan – merangkumi kenangan indah bersama KFC yang terus dihargai sepanjang setengah abad. Tiket pesta habis dijual, dengan Stadium Tertutup Melawati bergema seiring dengan semangat penggemar muzik. Para hadirin dan media sama-sama memuji gabungan muzik, budaya dan daya tarikan KFC yang tidak dapat ditandingi.

Penghibur legenda Datuk Amy Search meluahkan rasa teruja, “KEPCI Music Fest bukan sahaja tempat dendangan muzik; ia adalah bukti kolektif perpaduan dan kasih sayang tanah air, dengan sentuhan KFC yang menggiurkan menjadikannya lebih istimewa.”

Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands, menekankan kepentingan festival itu dengan menyatakan, “Ketika kami menyambut ulang tahun KFC ke-50 menghidangkan citarasa tercinta Malaysia, kami diingatkan bahawa kejayaan KFC bukan sekadar resepi kami sahaja; bahkan ia sebuah kisah kasih sayang yang berkekalan dan kesetiaan keluarga Malaysia yang luar biasa kami. KEPCI Music Fest adalah penghargaan yang tulus ikhlas kami, dan kami tidak sabar untuk memikat selera anda dan berkongsi detik-detik istimewa anda untuk tahun-tahun yang akan datang.”

Dengan redanya gema muzik di udara berlarutan, KEPCI Music Fest meninggalkan harapan besar untuk siri acara lebih menarik di masa akan datang. Nantikan siri-siri yang seterusnya di KDCA, Sabah pada 6 Oktober dan Arena Larkin, Johor pada 21 Oktober 2023.

The post KEPCI Music Fest Dapat Sambutan Meriah Sempena Jubli Emas KFC appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *