beza sos tiram

Kandungan Ekstrak Tiram Tak Sama, Cef Ini Kongsi Beza Sos Tiram Yang Dijual Di Pasaran

Kebanyakan menu masakan makanan Cina, pasti terdapat beberapa jenis bahan yang menjadi rahsia atau penyedap.

Antara bahan yang sering digunakan dalam menu masakan makanan Cina adalah seperti minyak bijan, kicap cair, sos tiram dan lain-lain lagi.

Penambahan bahan seperti minyak bijan dan sos tiram dalam masakan boleh membuatkan menu tersebut mempunyai rasa yang berbeza dan harum.

Apabila bercakap soal sos tiram, pasti ramai yang menggunakan bahan itu dalam masakan mereka.

Namun tahukah anda, sos tiram sebenarnya mempunyai pelbagai jenis.

Untuk mengetahui jenis-jenis sos tiram tersebut, mari ikuti perkongsian daripada pengguna Facebook ini yang dikenali sebagai Chef Amer berkenaan sos berkenaan.

Menurut Chef Amer, terdapat lima jenis sos tiram yang dijual di pasaran Malaysia.

Sos Tiram

Yang pertama adalah jenis sos Tiram, di mana sos ini mengandungi ekstrak tiram lebih daripada 10 peratus tiram.

Untuk sos ini, ia lebih memberikan rasa tiram yang sebenar berbanding beberapa jenis sos yang lain.

Kredit Chef Amer

Antara jenama yang popular bagi sos jenis ini adalah Panda Lee Kum Kee.

Sos Perisa Tiram

Bagi jenis sos yang kedua adalah dikenali sebagai sos perisa tiram, di mana ekstrak tiram mengandungi kurang lima peratus dalam kandungan sos tersebut.

Disebabkan kandungan tiram yang sedikit, sebab itulah sos jenis ini hanya dipanggil sebagai sos berperisa tiram sahaja.

Kredit Chef Amer

Antara jenama yang terkenal bagi sos jenis ini adalah Maggie, Nona, Adabi dan Taste-me.

Sos Tiram Premium

Jenis yang ketiga ini dikenali sebagai sos tiram premium, di mana kandungan ekstrak tiram mengandungi sebanyak 40% rasa tiram.

Untuk sos jenis ini, semestinya ia rasa lebih sedap dan mempunyai rasa tiram yang sebenarnya.

Sos jenis ini biasanya boleh didapati menerusi jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan).

Sos Tiram Tiruan Sayuran

Bagi sos tiram jenis ini pula, ia tidak mengandungi ekstrak tiram dan sebaliknya ia digantikan dengan serbuk cendawan sebanyak satu peratus sahaja.

Sos tiram jenis ini biasanya sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup vegetarian.

Sos jenis ini boleh didapati menerusi jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee dan Taste-me.

Sos Berperisa Tiram Ekonomi

Bagi jenis sos yang terakhir ini, kandungan ekstrak tiram dikatakan sangat sedikit atau tiada langsung.

Sos ini biasanya hanya sekadar mengandungi perasa dan kicap yang dicampur pemekat sahaja.

Sos jenis ini juga dijual pada harga yang sangat murah di pasaran.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Selain itu, Chef Amer juga berkata bahawa kandungan ekstrak tiram yang berbeza turut mempengaruhi harga jualan produk tersebut.

Untuk mengetahui status Halal produk tersebut, pembaca juga dinasihatkan untuk memeriksa logo halal pada bungkusan produk yang dipasarkan.

Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca untuk mengenali jenis sos tiram yang dijual di pasaran.

Sumber: Facebook/Chef Amer

The post Kandungan Ekstrak Tiram Tak Sama, Cef Ini Kongsi Beza Sos Tiram Yang Dijual Di Pasaran appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *